Tuesday, February 16, 2010

Pokok Oh Pokok

Makin hari aku tengok pokok kat rumah aku ni macam tak berapa segar. Nak kata tak jaga, hari2 aku siram. Nak kata tak bubuh baja, sebulan sekali sure aku rembat baja kat umah Cik Besah. Tah mana la silapnya. Bunga raya aku pun dah tak banyak daun (daun asyik gugur macam rambut aku jugak...)

Hari tu singgah la NR Vera kat opis aku ni ha. Kawan aku la ejennya.. So aku ni meneman dia je.. Last2 terjumpa lak baja ni kat outlet tu. Ingatkan jual produk kecantikan je.. rupanya untuk kecantikan pokok pun ade. Apa lagi, aku pun beli la satu.(Dapat guna member price lak tu..) Harap2nya tumbuhan2 kat rumah aku ni makin segar & lebat daun & bunganya...

ni la baja tu.. ada sesape pernah try tak???

harapnya betik yang dah hidup segan mati tak mahu ni akan lebat balik macam pokok yang lagi satu ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...