Saturday, February 6, 2010

Jalan Jalan Cari Makan

Lepas gi zoo minggu lepas, memandangkan perut masing2 dah berkeroncong (dah tengahari kan), kitaorang pun gi la cari kedai nak makan. Tapi kat area melawat/keramat/ukay/ampang tu aku pun tak tau tempat makan yang sedap. Kalau sedap pun kawasannya tak sesuai untuk aku yang bawak anak2.

Mula2 hasben aku ajak singgah satu kedai mamak ni.. dalam hati aku takde ke kedai lain selain mamak??? Dah boring makan lauk mamak. Sebenonya dalam cuaca panas bahang tu aku teringin nak pekena ABC. Last2 aku ajak hasben aku makan kat food court Sri Gombak tu. Hasben pun kata OK so singgah la kitaorang kat salah satu grai kat situ (ekceli banyak gerai sampai tak tahu nak pilih yang mana, last2 pilih yang agak2 ramai orang la...)

kitaorang singgah gerai ni la...Budy Seafood...

lega dapat pekena ABC.... segar menjalar kat tekak...Sedap lak tu..

aku makan kuetiaw celup.. ala rasa cam kuetiaw sup je...

Yaya & Acik makan nasi Ayam.. Pastu ABC sorang satu... Peh, memang kenyang...


Dalam lapar2 tu pesan macam2 tapi puas hati ...kenyang sampai malam.. Hehehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...