Friday, February 12, 2010

Terima Kasih Korang Akhirnya Aku Dah Beli Aircond!!!

Petang semalam lepas balik kerja (sebelum kejadian taik kucing) kami laki bini tergedik2 la singgah kat kedai letrik kat area umah aku ni. Kenkonon nak gi servey aircond la. Singgah la satu kedai ni (memang kalau aku beli perkakas letrik aku selalu beli kat kedai ni).

Dari tujuan nak servey akhirnya terus beli.. [hasben aku ni tak suka sangat nak servey2 ni..pada dia kalau ok dah dengan bajet dia terus 'on' je]. Kitaorang beli brand York (orang kedai tu pun rekemen brand ni]. Memula ingat nak ambik 2hp je alih2 bukan ambik 2hp tapi ambik 2 bijik. [Tamak tak hengat ko!!]. Nak sejuk sangat la dalam rumah tu. 2 bijik tu ambik 1hp dengan 1.5hp [dua2 taruk kat hall].

Beli barang mahal kan, harus la dapat free gift kan?? kan?? Nak2 pulak dah nak dekat CNY ni kena la dapat angpau sekali ye dak??? Aku bab2 free ni memang soka.. Wink..wink..

Ni free gift aku dapat (2 set tau sebab beli 2 bijik).. tapi angpau dapat 1 je...(alah.. 5 hinggit je)
[mana la aku nak letak semua perkakas ni??? rumah aku dah penuh la wei..]


 close-up sikit cutlery set free ni...

Petang karang orang tu datang pasang.. Tak sabo rasanya nak tidur dalam kenyamanan malam ni (Kitaorang anak beranak tido kat ruang tamu jer... senang)....Hehehe.. Oh!! tetiba terasa jakun... walaupun kat bilik aku kat opis tu ade 2 bijik ekon...tapi bila ekon dirumah sendiri rasa teruja lak...Kan Rehan kan???

Gambo ekon dah siap pasang nanti aku citer next entry ok... TUNGGU!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...