Tuesday, February 2, 2010

Jalan-Jalan Zoo Negara

Wiken lepas.. hari Sabtu, kitaorang pergi jenjalan kat Zoo Negara. Dah lama weh tak gi zoo. Last time pegi Aleeya pun duk dalam stroller lagi. Kali ni  Aleeya & Adib boleh la jenjalan satu zoo. Siap cakap kat Adib lagi, kena jalan & tak boleh dukung.


Kitaorang bertolak kul 10.00 pg. Pastu tersangkut dalam jam kat Batu Caves (Thaipusam la punya hal ni). Akhirnya sampai gak ke Zoo  dalam kul 11.00 pg. Ok la orang masih tak ramai parking pun banyak lagi. Cuma nak dapatkan perking yang redup payah sikit sebab mostly dah ada kereta.




Sampai kat main entrance, hasben aku gi bayar tiket & aku, Acik, Yaya & Adib tunggu la kat pintu nak masuk. Rupanya sekarang punya tiket dah tak macam dulu. La ni dah pakai band kat tangan (cam kat theme world Genting tu)... Aku ni pulak cam jakun, mana la  reti nak lekat benda alah tu. Pastu nak kena scan2 lak tangan kat mesin... [Zoo dah main advance sekarang.. patut la harga tiket pun dah naik!!!]


Memula nak masuk je dah terkejut dengan anak ular tu. Memula tu tak perasan sebab ingatkan budak pompuan tu jaga kotak derma, rupanya ada baby ular kat tangan dia. Geli geleman aku tengok. Si Adib siap nyorok belakang aku takutkan ular tu... [Adib ni macam berani tapi rupanya penakut]






Punya la luas zoo tu sampai tak larat nak jalan. Korang layan je la gambar2 ni...









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...