Friday, February 19, 2010

Ops.. Tertayang bontot???

Aku pelik la orang zaman sekarang ni. Semua dah nak kembali ke zaman dolu2. 

Masa kecik2 kita suka sangat pakai baju besar2 (konon nak nampak macam orang besar la kan...- baju mak, kasut mak, tudung mak). Bila dah besar ni dah terbalik kot pulak.. makin suka pakai yang kecik2 & singkat2 - baju kecik, seluar kecik, skirt kecik... kalau boleh nak sesendat mungkin macam sarung nangka...

Bila dah terlampau nak sendat, dari nak nampak trendy terus nampak jelik & pelik. Sampaikan segala yang sepatutnya terselindung mencanak2 nak menunjukkan diri. Tadak segan silu punya. Kalau pakai jeans lak, pilih pulak yang cawat pendek. Tak kira la laki ke pompuan ke sama je.. Bila dah duduk ke, mencangkung ke, menonggeng ke mula la ternampak lurah dendam tu. Kalau bontot tu lawa tak pe la jugak ni siap yang ade kudis, kurap, jerawat, panau & segala macam ketumbuhan kat situ. Itu pun nak tayang ke??? Allo... hangpa tak malu ka???? 

Entry tanpa motif aku ni sebenarnya ditujukan pada budak2 muda yang selalu melepak kat padang depan umah aku ni ha.. Suka sangat bertenggek pakwe makwe kat situ. Hari tu aku bawak anak2 aku cycling kat padang tu. Pastu memasing duk bersidai  kat tepi2 laluan basikal tu kan maka haruslah aku nampak apa yang ade kat celah buntut depa tu kan... Geli tul... muka lawa, hensem tapi bontot pulak ALAHAI!!!

ayoyo brader.. tak yah le tayang montot mu yang tak seksi ittew!!!! Tak rela i tau!!!


kalau brader tadi sengaja, yang ni pulak kes tak sengaja. Tu la padahnya kalau pakaian ketat sangat. Tengah syok buat catwalk lenggang lenggok kat runway sekali zip sudah pecah da....... Sib baik la bontot mu tak berkerak...

3 comments:

izzah said...

wakaka..biar betul..aish..memualkan..
mmg budak zaman sekarang fesyen memacam..
yang ntah apa2 plak yg jadi ikutan..
ingat cantik la tuh...

♥nrina♥ said...

kelakarlah...
saya ni tak penah pakai baju ketat sendat..teringin gak tapi bila teringin tu badan dah mcm badak hehe..

AISYAH HANI said...

bebudak zaman sekarang ni yang elok depa tak mau ikut. Yang tak elok tu yang teringin sangat nak buat. Tak paham mentaliti budak2 zaman cyber nih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...