Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 30, 2010

Luahan Pilu Seorang Isteri

Tadi masa pi blogwalking, aku sampai kat satu blog ni. 
Kakak ni baru kematian suami 
So touching tau dia punya entry especially beberapa hati lepas kematian arwah
aku baca entry dia sampai nangis2 tau. Sedih, kesian semua ada
betapa dia luahkan rasa cinta & rindu yang teramat sangat pada suaminya

Pi baca sendiri entry dia kat blog MEEN YUSOF
[semoga beliau tabah menghadapi hari2 mendatang]

Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Membuatkan aku terfikir & renung diri aku balik
jika itu yang berlaku pada aku macam mana ye??
Sedalam mana cinta aku pada suamiku? 
Adakah sedalam cinta Meen pada suaminya?

** Lazimnya manusia hanya akan menghargai benda yang sudah tiada!!

Takziah pada Meen sekeluarga. 
Al-fatihah untuk arwah.

Esok Cuti... Thank You Malaysia Team!!

Yahooooo.... malam tadi Malayia dah menang Piala Suzuki
TAHNIAH! TAHNIAH! 
Kan dah cakap CHAK DE MALAYSIA... heheheh

Disebabkan kemenangan itu, kami yang makan gaji telah dapat cuti umum esok
thank you! Than you!! 
Lain kali lawan kasi menang, boleh la kami dapat cuti lagi.

Walopun aku ni tak minat satu haram pun pasal bola
tapi yang tang cuti tu  memang aku suka sangat
[nak2 pulak esok hari last tahun ni.. mood dah takde maaaa]

Yeay... esok cuti.. esok cuti..

Sumber dari Mstar online 

Wednesday, December 29, 2010

Hensemnya Shah Rukh Khan dalam CHAK DE INDIA

Sape nengok citer ni malam tadi kat TV2?
Aku pun memula takde purpose pun nak tengok tapi dah anak aku bukak drama kat TV2 so layan je le apa citer lepas tu. Nengok tajuk pun macam tak best je. Sekali tengok keluar nama Shah Rukh Khan.... harus tengok nih!!! Rindu nak tengok SRK berlakon.. [dia kan kekasih pujaan hatiku dolu2]




Citer ni bulan le citer baru ekceli. Rasanya dah 2-3 tahun punya cerita. 
[Tapi aku baru tengok.. hehehe].

Alkisahnya cerita ni tentang pasukan hoki wanita negara India. Pastu SRK ni coach team tu la namanya Kabir Khan. Kabir Khan ni asalnya pemain hoki India tapi masa final world cup lawan Pakistan dia buat pukulan penalti tapi tak masuk. Pastu dia dituduh mengkhianat negara. Lepas 7 tahun dia menyepi, dia apply untuk jadi coach team hoki wanita. Kunun nak tebus maruh dia. Finally dengan usaha gigih dia dapat bawak team hoki tu ke World Cup. Memang membakar semangat sungguh cerita ni. Macam2 cabaran untuk bawak team tu sampai ke final. [Mentang2 le malam ni perlawanan bola sepak Malaysia lwn Indonesia].

Overall citer ni memang best. Aku yang dari asalnya nak tidur terus mengadap tv sampai habis citer ni. Best pun bukan le 100% sebab SRK tapi sebab jalan ceritanya. Lagipun pelakon2 lain takde la glamer pun. Muka kampung je semuanya [yang pemain2 hoki tu la]. Tapi SRK sangat hensem dalam ini cerita tau.... [walopun dia dah tua]..  Layan gambo SRK jap..

 Tetap hensem walopun berjambang..


Gaya gumbira seorang coach bila team dia menang. Macho beb!


** Chak De India  = India Boleh!
** Malam ni kena laung Chak De Malaysia lor... 
[semoga team kita menang lawan bola malam ni].

Apa Nak Buat Kalau Berenti Keje??

Tahun 2010  dah sampai penghujung
Azam 2010 yang paling utama masih tak tercapai lagi
adakah nak kena pospon tahun depan pulak???
[malas dah aku nak buat azam berazam ni... pasni que cera cera je la..]

Aku amat down  dalam minggu ni
takde mood, takde semangat, takde napsu & takde perasaan
budak2 opis aku pun ada yang tegur muka aku ni tak bermaya
memang benar apa dikata.. memang aku layu tak bermaya selagi berada disini



5 tahun beb, menghabiskan keringat & air liur serta tenaga & masa
dari berdua, kemudian single, berdua balik pastu bertiga akhirnya single semula
apa aku dapat??? NOTHING!!! Yang dapat hanya sumpah seranah & maki hamun
penat lelah aku langsung tak dihargai, malah dikata useless lagi 
[bukan aku sorang, semua staf pun camtu]
bosan la hidup bergelumang dengan bos2 yang cekik darah & mata duitan
letih.. benci.. menyampah.. sakit hati.. kecewa

BONUS??? jauh sekali [memang tak pernah]
INCREMENT?? 3 tahun sekali [itu pun 50 hinggit]
SUMPAH SERANAH?? Hari2 mesti sorang akan kena
Hepi ke hidup camtu korang rasa??

Maybe ada yang akan cakap aku ni memandang wang ringgit je. Well, betul.. zaman sekarang semuanya DUIT. Tapi apa lagi yang diharapkan dari seorang pekerja pada majikannya??  Nak harap kompeni bagi banglo sebijik, kereta sebijik ---> kirim salam je la.. Hanya mintak bonus & sedikit kenaikan pun payah ke?? Yang paling menyakitkan hati, bila bersuara dikatanya kompeni takde duit, tapi bila ambik drawings, bahagi 3 orang, siap sorang berpuluh malah beratus ribu seorang tu ade pula duitnya.. Sedihnya tengok especially aku sendiri yang prepare cek & cek baki akaun & untung rugi setiap bulan. Kat sini takde maknanya Sharing is Caring. I don't care lagi ade...

Sometimes i wonder apa akan jadi kalau aku tak berenti keje lama, atau kalau aku tak keje kat sini bla..bla..bla.. Maybe my life tak suffer camni kot! [Tak baik kan aku ni.. menyesali takdir]. Sorry la kalau korang kena baca layanan perasaan aku ni. Sesungguhnya aku dah sampai tahap untuk give up untuk stay di sini. Tapi kalau aku berenti aku nak buat ape yer??? 

*** Aku buntu! When can i reach my freedom??? HELP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Aleeya & Dress

"Ya nak beli baju macam mama!"
Itu la kata2 si Yaya masa aku beli dress kat TB hari tu
Memandangkan si Yaya dah beria2 nakkan baju cam aku
terpaksa la aku pusing keliling kedai nak cari dress yang saiz budak2
nasib baik la jumpa


Dah ade baju baru, kena la pakai ye dak??


Ni gambar Yaya dengan dress barunya..


-gedik pulak-


-manja di samping abahnya... -



Tuesday, December 28, 2010

Sunset at the beach

Meh tengok skil aku tangkap gambo sunset guna mode twilight ni
Ini pun setelah diedit lebih kurang guna photoscape
[aku kan pakai henpon je... nak guna dslr memang nan hado]




Cantik kan pemandangan sunset ni [puji diri sendiri]. 
Kalau tengok live lagi cantik.. Subhanallah


Ok Cik Ana, matahari dah terbenam tu, jom kita packing nak balik. 
[Sempoi je kan Cik Ana ni, siap pakai kain batik cam duduk rumah pulak!]


Sementara menunggu Cik Ana & familynya bersiap membersihkan diri, posing dulu yer..


Adib, Amir, Adam & Aleeya.. [Amir & Adam tu anak2 Cik Ana]


Cik Ana & Pak Zam dah siap.. Jom balik!!! Malam karang nak pi Lumut plak!
[Cik Ana terpaksa letak tuala tu camtu sebab dia tak pakai anak baju.. wakakaka]


On the way balik jem gila... Ingatkan kat KL je jem rupanya kat sini pun sama. Kalau tak jem 5 minit dah sampai hotel. Terpaksa sangkaT dalam jem ni dekat setengah jam. Aku nak letak jugak gambo parkinson ni kat sini sebab nak tunjukkan berapa panjang dia punya jem...


Sampai je hotel, mandi, semayang, salin baju & siap2 untuk ke Lumut pulak. Tak jauh pun dari hotel kami. Perjalanan ade la dalam 10-15 minit. Memang meriah giler Lumut. Tapi aku tak tangkap gambar pun. Nak tangkap gambar dalam gelap memang tak best la.. So next  time aku pi Lumut siang2 baru boleh ambil gambar.


Kat Lumut, berjalan sampai lenguh kaki. Ade ala2 uptown  & ade funfair lak tu tapi tak berapa happening la funfairnya. Kitaorang pun tak membeli apa sangat sebab harga agak mahal berbanding kat TB.  Kat sini sempat la hasben aku belikan ikan masin jeruk untuk Cik Besah. 


-gambo google-


Aku pulak beli la kudap2 Untuk dibawa balik nanti..[Nak kudap2 kat bilik].

Jom Berkelah

Assalamualaikum...
Ok sambung lagi cerita piknik kat Teluk Batik

Lepas kitaorang settle down kat hotel, siap2 la salin baju, semayang [jamak qasar je], gosok gigi anak2 [maklum la pagi tadi depa basuh muka je], maka kitaorang siap sedia la nak pi piknik.  Masuk je dalam kereta, dalam 5 minit lebih kurang, kitaorang sampai ke TB. Punya la penuh tempat parking last2 kitaorang parking je kat pondok yang kitaorang singgah makan pagi tadi.




Lepas keluarkan bakul berisi makanan, kitaorang pun cari la port nak berkelah. Sepanjang2 pantai jangan harap la nak kosong, so kitaorang lepak kat tempat yang jauh sikit dari pantai. Tak kisah le janji redup & kurang berpasir.


Ini la view depan port kitaorang.


Satu lagi view dari port kitaorang.. buat spoil je tong sampah tu.


Bila dah ambil pot, masing2 pi terjun laut. Aku tak mandi pun sebab aku malas nak pi bilas2 badan & beratur panjang kat tandas awam tu. Panjangnya barisan mengalahkan barisan kat kaunter Jusco masa sale Jcard member.. Lagipun barang2 makanan & pakaian kitaorang sape lagi nak jaga... aku jugak!!


Adib & Yaya pun mandi kejap je sebab ombak agak kuat kot. Lepas abah depa bawak pi salin baju, depa join aku lepak bawah pokok. Sambil lepak, kitaorang pun bukak la periuk nasi. Makan lagi sampai buncit perut..

Lepas makan, si Adib baring2 dengan abah dia terus dia terlelap. Letih sangat la tu main air laut. Lama jugak dia tidur berlapikkan tuala [bantal kecik tak bawa]. Maklumla dengan angin sepoi2 tu maunya tak syok tidur.


Lepas Cik Ana serender mandi laut, dia pulak ambil alih tempat aku sebagai penunggu. So boleh la aku pi jalan2 cuci mata kat dataran Teluk Batik tu kejap. 


Gerai2 pun banyak yang jual macam2- souvenir, baju, makanan, pelampung bla..bla.. 
Terlalu banyak gerai sampai tak terpergi semuanya


Cantik2 dress kat sini. Sempat la rembat sepasang lagi..


Kalau dah berjalan ke gerai tu tak sah le kalau tak membeli mende2 kan. Si Yaya pun dapat sehelai dress [sebab dia pun nak baju macam mama], Adib plak dapat topeng ultraman & belon buih tu. Yang hasben aku pulak, jangan kata dia tak beli apa tau. Dia telah membeli sepasang sandal croc. Tu beli terus pakai, yang lama terus lempor tong sampah...

Lama jugak le kitaorang lepak kat TB tu. Ade la jugak sampai pukul 7++, Siap tengok matahari terbenam lagi. Cantik. Bestnya kalau hari2 dapat bersantai camni...

Monday, December 27, 2010

Short Trip : Valley View Hotel

Tengok tajuk pun korang dah tau aku duk hotel mana kan?? Setelah merajuk dengan Putra Hotel yang hampeh tu, kitaorang pun check in kat Hotel ni. Ekceli lepas kitaorang makan2 kat Teluk Batik tu, hasben aku ade la gi tanya2 kat hotel & chalet berhampiran kot2 la ade kekosongan lagi. Malangnya memang semua tempat fully booked. 

Sebelum sampai simpang ke Teluk Batik, aku perasan ade hotel baru kat situ, so aku sajes kat laki aku suh tanya kat hotel tu kalau2 ade kosong. Kalau dah ade yang dekat tak payah le kita ke Lumut pulak kan?. Alhamdulillah, masih banyak bilik kosong. Tapi memandangkan waktu tu peak season so harga mahal sikit la. Kalau ikutkan harga biasa takde la mahal mana pun. 

Bilik yang bawah RM100 tinggal 1 bilik je, so kitaorang bagi la pada Cik Ana & family. Kitaorang terpaksa la ambil bilik yang mahal sikit. [Apa ade kisah, laki aku kan baru bonus..wakakaka]. Tak susah cari hotel ni, sape yang pi Teluk Batik sure korang akan jumpa hotel ni. Dekat sangat dengan simpang ke Teluk Batik & berhadapan dengan flat kuaters TLDM.




 Ni la main entrance dia.


Pandangan hotel dari belakang. 
Sementara menunggu waktu check-in, kitaorang berjalan2 la nengok  kawasan perumahan yang baru siap kat belakang hotel tu. Rumah teres & semi-D lawa2 tau. Dah le tak berkunci, sampai ke dalam rumah la kitaorang buat site visit..


 Ini lobby hotel tu. Hotel ni 3 tingkat tau. Semuanya ade 40 bilik [kata budak reception tu la]


 Koridor menuju ke bilik aku..


 Ini le nombor bilik kami.. Di tingkat 2


 Interior dalam bilik. Selesa sangat untuk kami anak beranak


 TV LCD  32" lagi uols..


 Yang penting ade ekon... Tidur dengan nyenyak sampai pagi..


Ini pintu bilik air. Cantik kan??? Agak2nya mahal tak kalau nak buat pintu ni kat bilik air rumah sendiri??


 Heater pun ade..


Kemasan bilik airnya- black, white & grey.. CUN! 


So kesimpulannya hotel ni memang selesa, bersih & cantik. Harganya pun berpatutan. Hotel pun hotel baru so banyak fasilitinya nampak baru & elok lagi. Memang tak rugi duduk sini tau!

** Hotel ni ade 1 lagi cawangan di Lumut. Tapi yang kat Lumut tu dah agak lama & interiornya pun tak berapa lawa [aku tengok dalam pemplet]. So sape yang berhajat ke Lumut/ Teluk Batik boleh la duk kat hotel ni. Nak pi Teluk Batik pun dekat, nak pi Lumut pun dekat. Nak makan pun senang sebab kiri kanan ade kedai makan.


SHORT TRIP : TELUK BATIK

Seperti yang dicanangkan dalam entry lepas, akhirnya pada Sabtu lepas kitaorang dah selamat sampai ke Teluk Batik. Perjalanan dari Batang Kali hanya ambil masa 3 jam.Itupun pada kelajuan 100-120kmj. Kalau slow lagi maka lama la lagi waktu perjalanan tu. Kiranya kitaorang keluar rumah pukul 7.30 pg & sampai di Teluk Batik pukul 10.30pg.

Laluan kitaorang adalah Batang Kali - Tanjung Malim [masuk lebuhraya]- Tapah [berenti kencing & yang sewaktu dengannya]- Gopeng [exit tol] - Batu Gajah- Teluk Batik. Memula nak ikut exit Bidor tapi rasanya kalau ikut situ lagi jauh perjalanan kitaorang. Kitaorang dah pernah try balik kampung di Pantai Remis ikut situ.. Jauh giler!!

Sesampai kat Teluk Batik, hujan la pulak. Takde can nak pi melepak kat pantai. Last2 terpaksa la duduk kat pondok sampai hujan teduh. Sambil menunggu tu baik la kitaorang makan bekal yang disediakan oleh Cik Ana [jiran aku]. Aku cuma bawak rendang je. Nak buat sandwich tak sempat la pulak. Cik Ana masak nasi putih, Ayam masak kicap & sambal bilis + kentang. Makan hujan2 ditambah pulak dengan tak breakfast lagi, so memang makan sampai kenyang la.

 Hero2 Malaya tengah hangkut bakul nak bawak pi pondok. Jauh dari tempat parking lak tu.

 Budak2 yang frust sebab tak dapat mandi laut lagi.. Masing2 dengan muka tak mandi pagi..Lepak sini dulu sementara hujan berenti.


Apa la yang dimenung dek Aleeya tu gamaknya?? Teringat Syahir kat rumah ke??

 Bekalan sudah dipunggah.. Siap sedia untuk makan..

Sambal bilis kentang Cik Ana. Memang terbaek.. wa cakap lu..

Sementara memunggah bekal dari kereta, aku call la Hotel Putra kat Lumut yang aku booking tu. Nak dabel konfem la bilik yang aku booking tu kononnya. 

" Dik, akak nak konfem bilik, hari tu akak booking 2 bilik bayview. Booking under nama XXXX"

"Jap saya cek, akak nama XXX ni yer.. No tepon 017-XXXXXXX ye.. Tapi kat sini booking 1 bilik je"

"Eh, akak booking 2 bilik  la dik. Abih tu cemana ni? Akak dah sampai dah ni? Ade lagi tak bilik kosong?"

" Semua bilik penuh la kak. Takde yang kosong dah"

Dengan hangin satu badan aku cakap la 
"takpe la dik, kalau ade kosong bagitau la. Akak nak pi cari hotel lain lagi baik"

Hampeh tul.. cemana la budak yang ambik booking tu. Sebelum aku letak tepon masa booking tu aku cakap berkali2 dah kat budak tu aku nak 2 bilik. Pekak gamaknya budak tu. Nampaknya takde rejeki yang duk Hotel Putra tu. Takde modal la nak join kutuk Hotel tu dengan brader Kulop Ludin. Sib baik la takde bayo deposit, kalau tidak dah kena tiau dah budak tu.Hehehehe.

Kitaorang duk mana?? Akan disambung di next entry..


Friday, December 24, 2010

Before Sofa Hunting

Sebelum memulakan pencarian sofa idaman lagi murah dan cantik
sevey2 la dulu rupa paras sofa2 moden yang ade
saje le google2 apa yang patut
banyaknya sofa2 moden yang cantik2
[English style out of the list please....]

Nak yang cantik tapi murah lak tu [bajet ciput je]
tapi tak nak nampak sangat cam old pesen
nak yang kontemporari la, simple la.. bla..bla..bla [macam2 ciri yang nak pulak tu]
ini antara yang cantik2 la pada mata aku
[kalau boleh tak nak kaler putih.. cepat nampak kotor]



Pening kepala... terlalu banyak pilihan
[kalau ikutkan banyak lagi sofa yang aku berkenan, cukup la aku tepek 2-3 ni saje]

Dalam dok sevey2 sofa tu tetiba terjuma gambo bedroom ni
Holeng ngaarrrr........cantik & cozy 
[design untuk bedroom kecil macam kat rumah aku]
Cantik tak?? Cakap la cantik please.. sian kat aku
idea ni boleh digunapakai nanti...
[syoknya kalau dapat bilik cenggini]




** tak habis2 berangan je kerjanya

** petang semalam dah pegi booking sofa dah pun & satu pun takde persamaan dengan gambo2 di atas.
Sofa akan sampai next week 
[kena tempah sebab aku oder spesel punya <-- mengada2]. 
So tunggu saje pendedahannya minggu depan... TATA TITI TUTU..

Adib nak derrif

Adib ni kalau dalam kereta suka sangat duduk kat seat driver
itupun bila abah dia takde la
konon2 nak bawak kereta macam abah dia la

Kalau naik motor dia kata nak rempit
Kalau naik kereta dia kata nak derrif [drift]

Time dia tengah derrif, sampai terpusing2 stereng kereta
siap dengan bunyi & percikan air liur yang merecik2
semalam korang tau, waktu dia nak derrif
dia cakap kat aku dia nak tekan pedal minyak
kaki pun kontot ade hati nak tekan pedal
sib baik la kereta aku tu manual
kalau pakai auto, dah lama remuk dah kereta aku tu kena derrif.


aksi Adib tengah derrif

You Are Forbidden To...

Pesanan penaja dari Cik Besah & biras aku
bukan untuk aku
tapi untuk anak2 buah aku - Heri & Syahir


"KORANG JANGAN PEGI LAGI RUMAH MAKSU" [rumah aku la tu]


Ha..ha..ha..
Patut la dua tiga menjak ni depa tak mai rumah aku
rupanya sudah kena warning sama depa punya bapak
asal ke rumah aku je, kena jerkah suruh balik rumah
padan muka....  tak datang pun bagus jugak [jahatnya mulut...]

Asal usul jadi camtu, sebab aku cerita dengan K.Ti (biras aku)
yang anak2 dia datang rumah aku, buat bising, buat tumpah makanan
guna barang tak reti letak balik, datang rumah malam2 time2 aku & anak2 dah nak tidur, bla..bla..bla.. [kan aku pernah cerita pasal perangai anak buah aku tu]
so start hari tu, K.Ti pi report kat hasben dia
pastu tu hasben dia kasi warning la sama  dia punya anak...
Bagus..Bagus... Suka aku!

Thursday, December 23, 2010

Aku nak pi Teluk Batik lagi..

Tahun 2010 dah sampai ke penghujungnya, maka ramai jugak yang nak menghabiskan sisa cuti tahunan yang diperam dari awal tahun
aku awal2 lagi dah banyak bercuti
annual leave aku pun tinggal 1 hari je lagi

Kat opis aku ni agak lengang le jadinya
Ramai pi cuti2 meleysya & luar meleysya
Siap ade yang nak pi Ostolia la, London la, Amereka la
[sangat2 jeles okeh!!!]

Tapi takpe aku pun tak nak kalah jugak
Bersempenaan bonus laki aku yang berjuta2 rupiah tu
Dia telah mengajak aku dan jiran tetangga aku [termasuk jugak Cik Besah & the geng]
pergi melancong ke Teluk Batik & melencong ke Lumut
Ini adalah gara2 story mory pi Teluk Batik masa balik Ipoh 2 minggu sudah
Tapi kemuncaknya hanya family aku & family sorang jiran aku je yang konfem pegi
[less is better kot.. tak banyak la karenah]

Ajak Cik Besah pun dia bukannya nak ikut kalau anak emas & menantu kesayangan dia tak pegi sama
lagipun kitaorang mana ade Wish @ Perdana  macam anak emas dia tu
cemana la Cik Besah nak sudi duduk dalam kereta kitaorang yang sempit tu kan
tunggulah.. nanti kitaorang beli Alphard [berangan tak sudah!]

Lupa lak nak kabo, aku booking hotel Putra kat Lumut tu
[nak booking hotel yang dekat dengan Telok Batik, semua dah fully booked)
itu pun mujur la dapat hotel yang tengah2 pekan
bukan nak duduk lama pun, 1 malam saje [Pi Sabtu, balik Ahad]
sape pernah duduk situ, habaq mai kat aku, hotel tu ok dak???


** Mintak ijin ye brader Kulop Ludin... teman pinjam gambo ni...