Tuesday, November 1, 2011

UKUR JALAN KE SUBANG SKYPARK

Ni citer masa Hari Deepavali hari tu
terlupa nak upload gambo² ni

Mentang² le nak menjakun naik kapal terbang
hasben aku ajak le pi site visit ke Skypark tu
Ye la kan, nak tahu jugak direction dia, kat mana nak parking kereta
Takde la bila hari nak berangkat baru terhegeh² nak cari jalan dsb..
Terbuatnya sesat larat ke, terlambat ke, kan dah susah.

Pagi² lagi hasben aku dah suh siap² & siapkan anak²
Aleeya & Adib of kos la teruja sebab abah depa kata nak pegi tengok kapal lterbang
[depa ingat dah boleh nak gi naik la gamaknya tu]

Directionnya hasben aku dah tanya kawan dia
So kitaorang ikut MRR2 je [jalan macam nak gi opis aku jer]
Sepanjang perjalanan alhamdulillah le tak jem
Hari pun redup je...

Akhirnya sampai la kami kat Terminal Skypark tu
Cari parking pastu tanya budak parking tu cemana kalau nak tinggal kereta untuk 3-4 hari
Pastu budak tu kata dia akan kira ikut jam dari tarikh kita tinggal sampai tarikh kita ambil
So lepas dicongak² ada la agaknya kami kena bayar dalam RM150 nanti
[Kalau sewa teksi mau lebih dari itu kot kalau nak hantar ke Batang Kali]

Dari tempat parking [seberang jalan dengan Skypark tu], dah ada jejantas terus masuk ke sana
so takde la bahaya kalau bawak anak² nak melintas jalan bagai
Anak aku pun suka la dapat lari² kat situ..
View dari atas jejantas


Bila dah masuk dalam, baru la merasa ekon
[walaupun hari tak panas, tapi bahang panas tu terasa²]
Saja la bawak anak² tengok apa ada dalam tu & kot² la dapat tengok kapal terbang
Macam² kedai ada dalam ni rupanya
kiranya sementara menunggu senang la nak gi makan ke, nak shopping ke, nak cuci mata ke
Bank pun ada.. nak cucuk duit pun senang
Skypark ni 2 tingkat je.. 
View dari tingkat atas.. Sori la gambo ni terparkinson.. Adib yang tangkap.

Lepas round² dalam tu, aku ajak  anak² aku gi tengok kapal terbang kat area tinjau. Sekali bila naik bukannya boleh nampak kapal terbang pun sebab dihalang dek bangunan. Kebetulan ada lak 3 bijik helikopter kat situ. Itu je la anak² aku dapat tengok. Itu pun mulut dah kecoh kata tak nampak kapal terbang. Yang si Adib pulak dah beria² ajak naik kapalterbang. [Apa dia ingat naik kapal terbang tu macam naik teksi ke??]



Tengah ralit tengok helikopter baru ternampak satu kapalterbang Firefly baru landing. Tapi dia pegi kat tempat sebelah bangunan yang kanan tu. So takleh la anak² aku tengok kapal terbang dari dekat. Sian kat depa.. Jangankan anak, mak abah depa pun tak dapat tengok gak...


Sebelum balik, baru teringat kitaorang tak tengok pun kat mana kitaorang akan check-in. So patah balik ke tingkat bawah. Orang memang tak ramai pun. So boleh bersenang lenang dengan lapang dada. Ni je gambar yang aku sempat ambil. Ada bloggers kata suasana dalam ni dah macam kat Dubai... penuh dengan pokok palma ala² pokok kurma ni... Ye la gamaknya kan sebab aku pun tak pernah sampai Dubai lagi..heheheh


Insya-Allah, lagi 2 minggu akan jejak kaki lagi ke sini. Kali ni real punya naik kapal terbang [dasar jakun!!!]

4 comments:

azian said...

nak ke mana tu syani???

sy masih tak berkesempatan bawak budak2 naik flight...dulu nak bawak muaz, tiket dah beli tp nenek nya tak bg bawak...sian sian sian....

pasni kene tunggu muiz plak besar sikit, baru boleh naik flight...ececececehhhh...verangannn

Dalila Hamid said...

selalu jugak dela lepak kat M'D terminal 3 tu.... :)

Qhaifa Nur said...

pernah lalu kat sini masa tu nak gi open house, anak2 memang axcited sangat dapat tengok kapal terbang walaupun dari jarak jauh...

adyputra said...

sama lah saya kak syahni.. jakun tak pernah naik kapal terbang.. kata suami selagi budak-budak ni tak reti dok diam tak payah berharp la.. lambat lagi le nampaknya.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...