Thursday, November 17, 2011

LANGKAWI 2011 (2ND DAY) ---> GALERIA PERDANA

Lepas berjalan ke Wildlife Park, kami teruskan perjalan ke Galeria Perdana lak
Walaupun kat sini sebenarnya takde la apa sangat
tapi dah alang² lalu, baik le singgah.
Tiket untuk kami anak beranak RM10 je. Kalau bawak kamera kena caj lagi RM2.
Tapi sebab aku cuma guna kamera henfon, takde la kena caj kan.
Main entrance.... wajib tangkap gambar...

Kalau ikutkan Galeria Perdana ni ada 2 bangunan. Setiap bangunan 2 tingkat lak tu. Kat sini takde apa pun sebenarnya.. Hanya pamerkan koleksi² Tun Dr Mahathir jer... Tu la kan, punya banyak barang sampai kena buat galeri...  Masa kitaorang pegi sini pelancong tempatan tak ramai pun. Yang ramai mat salleh la. Siap naik bas rombongan.

Ni gambo siling dalam galeria perdana ni. Cantik kan??

Antara koleksi² yang menarik kat sini... 
[layan je la gambo ni... semuanya Yaya yang tangkap.] 
 Replika ikan made from gold tau..





Kasut koboi pun ada... takut nengok 

On the way ke galeri sebelah.. posing jap.. Adib dah start buat perangai nak balik lagi...

 Yaya & abah...


Adib yang mengaruk..


Bila sampai ke galeri kedua, Adib suka sangat le sebab ada motor & kereta. Beria² dia ajak abah dia cepat² gi kat kereta tu. Mulut lak tak habis² sebut fuyoooo.. Baru nak gerak ke tempat kereta tu, sekali black out la pulak... Gelap gelita dalam tu.  Tanya kakak yang jaga pintu tu katanya TNB tengah buat keje apa tah. Takde api sampai petang.. Generator lak takde kat galeri kedua tu. Yang ada elektrik cuma kat main galeri je.

Ate, udah takde letrik, kita keluar je le... Buang masa je duduk kat situ..
[Patut kena mintak refund separuh harga ni...]


Lepas ni kemana lak?? Tunggu next entry lor...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...