Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 3, 2011

HADIAH BERHARGA DARI ABAH

Masa aku lepas SPM dulu, abah aku belikan hadiah ni untuk aku
Walaupun aku rasa result aku tak sebagus yang diharapkan
tapi abah tetap bagi hadiah pada aku.. terharu ok...
Setelah 14 tahun, hadiah ni masih aku simpan
[tu sebab kotaknya dah buruk & berhabuk]

Jam tangan paling mahal yang pernah aku dapat 
Yang paling suka sebab ada banyak bezel yang aku boleh tukar²
Ada 10 bezel yang cantik....

Tapi sayangnya satu bezel dah hilang... jatuh entah di mana
Selama 14 tahun ni, jam ni lah yang paling selalu aku pakai
Dah 4-5 kali jugak tukar baterinya

Pernah sekali jam ni macam dah berfungsi walaupun aku dah tukar bateri baru
Baru 2-3 hari dia dah tak jalan
Masa tu aku frust & sedih sebab membayangkan dah tak boleh pakai jam tu
Tapi aku usaha pegi kedai jam lain untuk repair
& alhamdulillah jam ni masih elok berfungsi sampai sekarang..

Everytime aku pakai jam ni aku teringatkan abah aku
Abah aku tak pernah belikan benda mewah² untuk aku
tapi  bila dia bagi sesuatu yang berharga, aku akan simpan baik².

Hasben aku pun pernah belikan jam tangan untuk aku sempena birthday aku
tapi sayangnya, kerana kecuaian aku sendiri tinggalkan jam tu dalam toilet masa nak ambil wuduk
akhirnya jam tu hilang dikebas dek orang
[kejadian tu berlaku di opis lama aku... sampai sekarang tak tahu sape pencurinya]

** Sempena result SPM aku yang tak seberapa tu, mak aku pulak bagi sehelai kain sutera hitam untuk dibuat baju kurung. Tapi sebab dah lama, kaler pun dah pudar, baju tu pun rasanya dah dibagi kat orang.

3 comments:

Qhaifa Nur said...

lamanya...
kena jaga baik - baik ni...dr abah tersayang

SYANI said...

Ye kak... dah le abah jarang bagi hadiah..

Cho Zila said...

baguihnyer simpan lagi,,, akak selalu terfikir nak simpan barang yang berhargakan... tapi tuler selalunya tidak berbuat hilang.. lepaihtu tengok orang der simpan benda2 nostalgia gini mulaler menyesal... tuler hadiah dari ayah memang teramat berhargakan...