Masa pegi beli barang dapur hari tu
Ada la promoter tu sebok² promote Comfort Ultra pada kitaorang
Tak nyempat² tau walaupun aku belum lalu lagi kat bahagian tu
Masa tu aku baru nak ambil susu Adib
Dah le ruang tu sempit dia nak gak cakap² kat situ
Pastu aku cakap kat dia, biar kitaorang ambil barang lain dulu, nanti bila kami lalu tempat jual sabun basuh baju tu kami jumpa you.
Pastu baru la dia blah.. kaco tul..
Bila aku dah lalu kat bahagian sabun basuh tu [aku nak beli Dynamo]
baru la aku gi jumpa si ah-so ni.. jenuh la dia promot benda ni..
Ala... benda ni lebih kurang cam downy gak ler
Ekceli, since aku pakai Dynamo ni aku dah tak pakai fabric softener pun
Sebab pangalaman² aku baju tu idak le wangi tara mana pun
[lagipun aku basuh baju dalam kuantiti yang banyak.. tak main le 15-20 helai sekali masuk mesin]
Kalau beli Downy pun setengah penutup untuk 15-20 helai baju
Kalau full load mesin basuh aku, aku kena pakai dalam 1 penutup penuh
[itu pun tak berapa nak wangi]
Takkan nak tuang 2 penutup kot?? Dah le mahal.. botol cinonit lak tu
Pada aku pakai Dynamo je pun dah harum dah baju aku..
Ok, back tu Comfort Ultra, memandangkan kami laki bini pantang dipujuk rayu
Akhirnya setuju beli sebotol yang 800ml punya.
Kami beli yang botol biru [bau pun ala² Softland gak]
Katanya bau wangi tu boleh bertahan sampai 14 hari
[tah betul tah tak]
Ah-so tu kata, bila guna ini tak payah pakai perfume lagi dah...
Ye le tu...
Setakat hari ni , aku dah guna sebanyak 4 kali
Itu pun aku pakai 1 penutup penuh setaip kali basuh baju...
So far baju aku takde la wangi sepanjang masa pun
Lepas jemur, bau wangi tu ala² suam² kuku je
Masa jemur ye la bau wangi, bila baju dah kering, dah tak berapa baunya tu
Yang melekat bau wangi kat tangan aku je la masa lipat baju..heheheh
Setakat ni baju² yang aku basuh guna Comfort Ultra ni tak sampai 14 hari lagi
Tak berani nak cakap yang baunya bertahan selama itu ke tidak
So sape² yang pernah guna Comfort Ultra ni, boleh la share pengalaman korang kat sini..
No comments:
Post a Comment