Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 18, 2011

LANGKAWI 2011 (2ND DAY) ---> TANJUNG RHU

Tengok tajuk pun dah tau dah kan aku kemana seterusnya...
Walaupun hari panas renang, tapi aku tak kira... jalan tetap jalan
Kiranya ini destinasi terakhir di penghujung jalan [sila refer peta yer]

Nak cari tempat ni tak susah pun sebab banyak signboard..
Sebelum berenti lepak, kitaorang jalan sampai hujung jalan
Sepanjang perjalanan suasana tenang je
Pokok ru kiri kanan jalan.. cantik sangat.. patut le dipanggil Tanjung Rhu
sebab banyak pokok ru kot..
Aku suka view ni.. cantik sangat..

Bila dah sampai hujung, rupanya situ ada jeti untuk sape yang nak pegi buat mangrove tour. Takat tengok paya bakau apa la yang bestnya ye dak??. So kitaorang patah balik & berenti di satu port yang agak² cun la..
Ha.. ini la Pantai Tanjung Rhu.. Cantik kan??? 

Kalau nak tahu sini la depa shooting cerita Kaho Naa Pyar Hai [yang Hritik Roshan & Amisha Patel berlakon tu]. Kata orang, kalau air surut sangat, kita boleh jalan kaki gi kat 2 pulau yang kat tengah tu...[korang pi google, insya-allah jumpa gambo bila air surut]

Disebabkan Yaya nak gi main pantai, aku le kena teman minah tu... Adib & abah dia lepak bawah pokok je. 

Pantainya memang cantik. Tapi aku tengok takde pulak orang berkelah @ mandi manda kat sini. Maybe kat tempat lain kot..

Bagi can la Yaya main air laut...
  

 Berkerut muka aku menahan panas... Shades tertinggal dalam kereta la pulak.. Kecik mata aku dibuatnya..



Adib pulak bila tengok kakak dia main air, dia pun tak senang duduk
Tetiba je dia terpacak kat sebelah aku... tapi bila aku suruh sua kaki kat air laut, tak nak pulak dia. Takut  le tu. Dia tengok je la apa kakak dia buat.


Aku pun tak main air jugak. Malas le nak basah² seluar pulak.. Pastu aku main tulis² atas pasir je..

Bila aku sebok menulis, si Adib pun menyibuk gak nak conteng pasir... 

ntah apa dia tulis pun tak tau le...

 Yang Aleeya pulak sebok layan blues di lautan lepas..hahahaha 

 Masing² ralit dengan aktiviti sendiri..

Mood jiwang lak aku.. sib baik laki aku takde masa ni...

Dah letih berjemur, aku ajak anak² aku join abah depa kat bawah pokok. Tekak haus la pulak so aku order air kelapa. Anak² minum air jagung..


Sambil menikmati udara segar & tiupan angin yang nyaman, Aleeya call opah Besah cakap dia kat Tanjung Rhu, main air laut [aku yang suruh cakap kat opah camtu.. kasi dia jeles sikit..heheheh]

Time nak bayar, si Aleeya kata nak tolong bagi duit kat brader yang jual air tu. Sekali bila dia nak patah balik ke meja, dia tersadung kat perdu pokok. Terjerombab la  kawan.. Dah menangis kat situ jugak... 

Bawah pokok ni la Yaya jatuh..hehehehe

Kami lepak² kat sini sampai kul 12.30 tgh... ha.. dari kul 8.00 pagi sampai 12.30tgh, dah 4 tempat kami singgah. Pasni nak gi mana pulak??

Aku ajak hasben aku gi Makan Mahsuri tapi hasben aku kata pospon esoknya. Aku ajak pi naik Gunung Raya pun dia tak mau. Aku ajak dia pi pantai awam Teluk Yu pun dia tak mau, last² aku ajak dia pegi Idaman Suri... Baru la dia nak... [nak shopping rupanya...]..  Nanti aku sambung pasal shopping lak..




1 comment:

CIK JATT said...

rindunya kat Langkawi!
ni mesti g shopping coklat banyak2 nih. ker barang dapo