Thursday, November 17, 2011

LANGKAWI 2011 (2ND DAY) ---> AYER HANGAT VILLAGE

Lepas insiden blackout di Galeria Perdana, kitaorang pun cau cin cau ke destinasi seterusnya.. 
Tahu tak dalam masa 2 jam setengah kitaorang dah gi 2 tempat
Tempat yang seterusnya ialah Ayer Hangat Village

Kat sini pun sebenarnya takde apa sangat pun. Masuk pun free. Takat nak tengok telaga air panas tu boleh la. Dah le tengah hari rembang lak tu.. belasah je lah.. [Masa ni kalau tak silap aku baru kul 11.00pg]

Sebetulnya kalau korang tengok peta tu, Ayer Hangat Village ni satu jalan dengan Wildlife Park & Galeria Perdana. So dah alang² lalu singgah jugak le  walau sekadar 10 minit. Meninjau kawasan kekdahnya..

Tempat ni agak luas kawasannya. Takde apa yang menarik pun... Kami just tengok² je la apa yang ada. Masa kami sampai pun takde orang lain. Kami je buat macam kawasan jajahan sendiri...Habis satu taman kami ronda.
Ni tembok cam konsep bali. Ada air pancur la kat dinding tembok tu. Ingatkan air panas yang mengalir, sekali sentuh air sejuk daaaaa....

Dah habis round tembok tu, lalu pulak kat tempat refleksologi ni.. Saje try test kekebalan tapak kaki aku...
Aduh..duh..duh.. sakit wei... Nampak sangat banyak toksin dalam badan.  Tak sampai 5 minit aku dah pakai kasut balik..Serender nak berjalan sepanjang batu tu...

Kat hujung tu pulak ada la telaga air panas.. 
 Air yang paling panas tu yang kolam kecik kat tengah tu. Memang nampak la gelembung² udara kat permukaan air.  Yang 2nd panas, kolam yang besar sikit tu. Kiranya makin diluar kolam, makin kurang panas la..


Nampak tak tu khasiat  merendam kaki... aku tolong zoom untuk korang..hehehe

Memula aku la yang jakun merendam kaki dalam telaga tu. Tu pun takut² jugak. Takut terjatuh dalam telaga tu. Tak ke naya???  Pastu si Aleeya pun nak rendam kaki jugak. Dah tengok kitaorang beria main air, si Adib pun terjebak sama. Cuma hasben aku je takmo join sebab dia malas bukak kasut & stokin.. 


Best oo rendam kaki kat sini.. Best lagi dari kolam air panas kat Batang Kali...

Kat sini ada satu bangunan kayu ala² rumah kampung la. Pas rendam kaki, aku ajak la anak² aku masuk ke rumah tu. Rupanya kosong je dalam tu. Bestnya cuma dapat feeling² cam duduk kampung. Nak² pulak bila duduk kat beranda... Tapi takde gambo la masa kat dalam tu sebab gelap.. Gambo tak cun.. Aku kan takde DSLR..

Ni view dari beranda rumah tu..



Kitaorang lepak sini tak smpai sejam pun. Agak²nya ada la dalam setengah jam je kot. Dah tawaf satu kawasan, kitaorang bergerak ke tempat seterusnya... Yaya nak main air lagi.. kat mana tu??? Tunggu ek...

3 comments:

Dalila Hamid said...

tmpt air hangat banyak dah berubah... dulu p biasa2 ja... ada la 8 thun lepas... hhee

Dee said...

menariklah..masa dee gi langkawi dulu takde tmpt ni..hehehe..ke dee yg tak jumpa..huhu..

rasp said...

cantik ler tempat nie....
sedap dpt rendam kaki dlm air panas tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...