Friday, November 25, 2011

LE TOUR DE SEA VILLAGE

Citer jalan² kat Langkawi dah habis dah
Hari terakhir memang spend di resort saje

Meh aku bawak korang tour sea village yang kitaorang stay
Tapi aku tunjuk bilik aku je la...
bilik orang lain korang boleh cekidaut kat website Langkawi Lagoon Resort.
[Mungkin ada beberapa gambar ulang tayang yer..]

Gambar pulak aku bubuh sekeping²
Bukannya tak nak combine tapi nanti tak puas biji mata nak tengok
Biar terang, jelas & besar...
Lagipun aku punya blog, aku punya suka la kan nak taruk gambar cemana pun.. ye dak??

 Ni la bilik kitaorang... No 572


Nak masuk kena pakai kad. Bila lampu hijau dah menyala, baru boleh buka pintu..

Masuk je ke dalam.. mula² korang akan jumpa dapur yang comel ni dulu... 
Meh tengok apa benda yang ada kat dapur ni 

Dapur elektrik , sinki, cawan, gelas & sudu teh
[Nescafe, gula & teh pun ada.. tapi lupa nak tangkap gambo]

Microwave, cerek elektrik & 2 botol kecil air mineral
[Yang botol besar tu kami yang punya... yang bekas tutup oren tu susu si Adib]

Peti ais kecik pun ada... tersorok dalam kabinet..

Pandangan dari ruang tengah..

Jom tengok ruang tengah pulak ada apa
 Wajib ada disetiap bilik hotel tentulah KATIL...
[tempat berasmara kena la empuk kan??]


 Pastu ada sofa bed, kerusi meja & meja konsol
[Kat sofa bed tu la si Yaya tidur]
Kat area ni ada kipas & ekon.. tapi tak pasang ekon pun takpe.. Pasang kipas pun dah sejuk..


TV yang setentang dengan katil
[abaikan beg lembik aku tuh]

Tempat lepak Yaya sambil main game kat laptop

Pandangan bilik dari balkoni.. Nampak tak cam frame kat tengah tu. Ekceli situ ada sliding door. Kiranya kalau nak privacy untuk tidur, boleh la tarik sliding door tu untuk pisahkan ruang tidur dengan ruang tengok TV. Bulit in wardrobe pun ada untuk pisahkan ruang tengah dengan dapur

 Katil di waktu malam... 
Kat side table yang ada botol susu Adib tu, ada alarm clock yang ada radio tu.
Lupa nak citer, sebelah kiri katil ni ialah bilik air & belah kanan pulak sliding door yang mengadap balkoni. Kiranya kalau pagi² celik mata dah boleh nampak laut le


Ni ruang menonton yang semak samun dengan barang² kitaorang.

Pasni tengok bilik air lak.. 

 Bilik mandi ni pun ada sliding door untuk pisahkan ruang sinki dengan ruang shower & bathtub



 Segala makneka yang ada & dirembat untuk dibawa balik rumah..
Oh ye.. yang benda bulat warna kuning & putih atas kotak tu bukan resort yang punya
tapi gelang yang Yaya buat subang masa posing kat Dataran Lang tu




Bathtub tempat anak² aku berkubang... Nampak tak lantai papan yang jarang² tu? Kat situ boleh nampak air laut kat bawah.. Ngeri gak kalau diri atas tu lama².. Takut terjatuh dalam laut..

Ekceli Sea Village jenis Deluxe Studio Suite  yang aku duduk ni ada 2 jenis. Yang bezanya ada bathtub @ tak je. Memandangkan bezanya cuma RM50, so aku pilih yang ada bathtub. Ye la kan, bukan selalu dapat berendam. Kat rumah bukannya ada bathtub. Kalau ada pun jenuh nak pikir bil air yang akan dibayar..hehehe. Kat sini berendam la 3 hari 3 malam pun...

Ruang terakhir yang ada kat Sea Village ni, ialah balconi 
 Aku punya bilik dah hampir² hujung dah so view aku ni agak luas la..


Nampak tak ada cruise kat hujung sana?

Pandangan Sea Village yang setentang dengan bilik aku.. Sebenarnya Sea Village ni bentuk cam huruf 'V'. So aku punya bilik wing belah kiri.. yang setentang dengan bilik aku ni wing lagi satu la.. Tapi waktu malam kena tutup langsir ye.. tak pasal² orang seberang sana boleh nampak aktiviti rahsia korang dalam bilik.. heheheh


Ni baru citer hal dalam bilik. Nanti aku citer pasal view luar bilik pulak.

8 comments:

|| NaFiRaa || said...

waaahhhh.. bestnye!!!! huhuhu..teringin nak rasa duk situ jugak..

Dalila Hamid said...

bestnya.... mesti mahal kan...

munna said...

cantiknya...patutlah harga pun cantik...

SYANI said...

Nafiraa,
PEgi jangan tak pegi... Memang cantik..

SYANI said...

Dalila,
Memang mahal.. kalau tak kerana diskaun, aku pun belum tentu dapat merasa duk situ.

SYANI said...

Munna,
Sesuai la dengan harganya tu..

Azhariah Zuber said...

nice view. mcm dlm film

alimaz kembara terasing said...

cantik toilet dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...