Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 16, 2011

LANGKAWI 2011 | PENGALAMAN BERSAMA FIREFLY

Setelah setengah tahun bersabar, akhirnya tiba juga hari yang di nanti..
Segala persiapan dah buat, hanya tunggu masa je nak naik kapalterbang
[mood menjakun tetiba sampai dah!]

Flight kami hari Sabtu, pukul 5 petang. Tapi punya la semangat bangun awal hari tu.
Selalunya lepas Subuh, aku tidur balik dalam sejam pastu baru bangun buat breakfast
Tapi hari tu bangun awal bukan sebab apa, tapi sebab nak mendobi baju yang banyak & packing barang² untuk di bawa bercuti.
Maklum la nak tinggalkan rumah 3 hari, so settle dulu la keje rumah yang tak siap

Tapi malangnya, harapkan panas sampai ke petang
Pepagi lagi dah hujan... kain baju tak dan kering
Last² sangkut je la dalam rumah.. dah macam kedai dobi rumah aku

Bila dah tengahari, baru la panas sikit
tapi mana nak sempat sidai baju lagi sebab lepas Zohor kami dah nak bertolak ke Subang.
Budak² yang excited nak gi jenjalan
Pesan kat depa siap² pakai jaket.. nanti sejuk dalam kapalterbang..hehehe

Bercamwhore dulu gak sebelum bertolak..
Pakaian wajib ada ---> tudung & cardigan hitam.. senang nak match

Inilah baggage kitaorang... 2 beg baju, 1 bag sandang isi laptop
[Laptop tu hasben aku yang suruh bawa...]

Bertolak dari rumah pukul  1.30 ptg, pastu singgah umah Cik Besah kejap.
Nak salam jemaah bagai & tinggalkan pesan suh tengok² rumah
Sampai di Subang Skypark, terus masuk tempat parking
Alhamdulillah kami dapat tempat yang redup & paling dekat dengan jejantas.
Kami sampai sini dalam kul 3 petang

Sebelum tinggalkan kereta, cek kunci semua
Stereng pun hasben aku lock... Safety itu penting kan...
Lama lak tu nak tinggal kereta
Kami parking kat tempat parking setentang [seberang jalan] dengan Skypark
& bayaran akan dikira ikut jam [dari mula parking sampai keluar parking]
Tak perlu risau sebab kat sini ada guard 24 jam.

Masuk je dalam Skypark, memula kami pi scan beg dulu pastu baru gi cek-in 
Walaupun aku dah print boarding pass, tapi aku pi jugak kaunter tu untuk tanya pasal baggage tu
Mana² beg yang nak masuk kargo, kena register kat kaunter
Masa kat situ baru dia timbang beg kita berapa kilo &  dia akan lekat tanda flight kita kat beg tu
[kami punya beg 2 biji tu je yang masuk kargo, itu pun dah 15 kg]
Pastu terus dia sorong atas konveyer kat belakang kaunter tu
[kiranya pasni dah takyah usung beg sana sini dah la]

Lepas settlekan beg, kami pun pi makan minum dulu..
Lapo weh... sebab belum lunch
Memula cam nak makan McD tapi rasanya perut aku ni lapo nasi
Last² makan je kat kedai mamak ni



Boleh tahan mahal jugak la harga makanan kat sini.
Kami makan nasi 4 beranak pun dah dekat RM30

Yaya yang kekenyangan lepas makan nasi...

Lepas makan, tengok jam baru pukul 4 ptg.
Malas lagi nak masuk balai berlepas, so kami lepak² je kat luar tu dulu
Sebelum tu pi singgah beli singgam [chewing gum
Nak spare untuk naik flight, takut telinga berdengung dalam tu nanti...


 Tah apa pesen si Adib ni posing??

Dalam masa menunggu tu sempat pulak hasben aku berurut kat kerusi Gintell ni
Memula hasben aku je, pastu habis satu family lak ber masaj 
[termasuk aku la kan]
sorang satu kerusi tau...


 Kat sini je dah melayang RM5 [hasben aku sampai 2X urut]

Tengok waktu dah pukul 4.30. Kalau ikutkan boarding time pukul 4.40. Elok pulak tu, Asar pun dah masuk. So hasben aku pi solat dulu.. Aku??? Aku uzur..hehehe

 Sementara tunggu hasben aku solat, anak aku main lari² kat sini..

Lepas je masuk balai berlepas, dah nampak dah flight FF dah menunggu
Flight kitaorang la tu [sebab ada satu je]
Elok je kami masuk, dah announce untuk naik flight
Terus la kami tuju gate untuk gi naik flight
Adib & Yaya apa lagi.. punya la suka
 Hasben aku & Adib, orang first naik..

 Yaya dah cabut tudung dah... 

Seat kami depan sekali, tapi stewardess tu kata kalau ada kanak² tak leh duduk first row
So dia suruh kami duduk 2nd row.. Tak kisah le tu kan. Keadaan dalam FF ni macam bas ekspress biasa tu je. Ada blogger kata seat FF ni sempit, tapi pada aku ok je... Sebijik cam dalam bas Transnasional je aku rasa. Selesa je aku duduk.

Sebelum berlepas, sila off handphone dulu ye... Kalau tak pun, buat flight mode jer.

Selepas bertolak, akan diberi kudap² & minuman ringan.
 Aku pilih kacang & air jambu

Adib, Yaya & Hasben aku pilih roti & air oren



 Dari tingkap aku boleh nampak kipas FF ni..




Dah semakin tinggi... bumi pun dah tak nampak..

Pemandangan dari udara... sangat magnificent.. terasa diri ini begitu kerdil

Dalam flight ni tak ramai pun.. Passenger ada la dalam 10 orang je.. Tu yang Yaya boleh ke sana ke mari mengalahkan stewardess...
[Macam kapalterbang tu dia yang punya]


View dari tingkat sebelah hasben aku...
Cuaca mendung & sinaran matahari yang nak terbenam
Sebab aku pakai camera henpon je, so quality gambo tu tau² je lah
In real, pemandangan memang superb tau..

Pukul 6.15 kitaorang selamat sampai di Langkawi Airport
Kembali berpijak di bumi nyata..heheheh
HELLO LANGKAWI...

Adib takut nak turun tangga, so abah dia kena dukung
Adib la passenger paling last turun..

Lepas ambil beg, kitaorang pi cari kereta sewa 
Memang aku tak booking awal pun sebab takut nanti dapat kereta tak best
Kalau kat sini at least boleh pilih yang lain kalau tak berkenan
Tapi jangan la buat cenggini masa peak season
Boleh jadi semua kereta habis kena sewa...
 Ni betul² sebelum keluar airport
Malas nak cari² lain dah, last² sewa je kat sini
Kami sewa Myvi for RM240 untuk 4 hari

Panjang sungguh entry aku ni... next entry aku sambung aku duduk hotel mana.












2 comments:

munna said...

suka2 entry mcm ni...boleh buat info ke langkawi nanti

mama tims said...

wah cuti2 langkawi ni..best lama dah tak ke langkawi..