Monday, November 21, 2011

LANGKAWI 2011 (DAY 3) ---> MAKAM MAHSURI

Hari ketiga di Langkawi, kami masih di Kuah
Kami akan check out motel hari ni sebab nak stay di area pantai pulak.

Macam hari sebelumnya, kami bangun awal
Nak check out motel masih awal lagi so kami decide pegi Makam Mahsuri dulu
Sebelum tu kami breakfast roti canai kat Restoran Pak Hassan


Makanan kat sini takde la sedap sangat. Ok je la
Pagi² pun dah ada jual nasi campur & lauk pauk cam makan tengahari tu..

Lepas kenyang, kami pergi ke destinasi yang dituju..
Pintu masuk ke Kota Mahsuri..

 Kat luar tu ada pulak kolam ikan... Adib paling suka la kalau dapat tengok ikan.
Ini kat kolam sebelah kiri pintu masuk

 Ni pulak kat kolam sebelah kanan entrance tu. Ada ikan keli.. besar² lak tu..


Sebelum masuk kena beli tiket dulu.. Patutnya dewasa kena RM5, kanak² RM2 kot. Tapi budak kaunter tu mintak RM10 je.. Agaknya di tak nampak kot anak² aku tu sebab depa tengah tengok ikan...hehehehe

Ekceli tempat ni aku dah pernah pegi 2 kali sebelum ni. Tahun lepas punya trip je aku tak singgah sini. So kali ni bawa la anak² tengok sejarah Mahsuri. Dulu masa pegi Yaya pun kecik lagi.. tak reti apa². 

Masuk dalam tu, sempat la kami tengok video pasal sejarah Mahsuri. Yaya suka sangat le tengok drama tu.. Pastu banyak lak tanya, kenapa dia kena bunuh? Kenapa takde darah pun?? Kenapa itu, kenapa ini.. Jenuh aku nak jawab satu².

Lepas masuk muzium tu, kami pi la ke "kampung" Mahsuri tu..
Dalam ni la terletaknya rumah Mahsuri tu..

 Di pangkin rumah Mahsuri



Pas posing kat bawah kami naik ke rumah tu
Dalam tu pun dah takde apa berbanding masa aku pegi time hanimun 7 tahun lepas
Bilik tidur pun dah takde tilam.. yang tinggal potret wajah Mahsuri tu je
[gambar Mahsuri tu semua parkinson sebab Yaya yang tangkap]
Yang tinggal hanya buaian ni..

Kat dapur pulak ada la 2-3 perkakas dapur zaman dulu
 Adib & kukur kelapa... feeling naik kuda la tu..
[dulu mak aku pun ada sebiji]


Ni tempat tidur kat bahagian dapur rumah..



 Ni pulak kat bahagian belakang rumah. Adib takut nak jalan sebab lantainya berlubang²


Depan rumah Mahsuri tu pulak ada Teratak Sri Tama [Kediaman Panglima Hitam]. Siapa Panglima Hitam tu  dalam sejarah Mahsuri tu pun aku tak sure. Nampak sangat tak ambil tahu.. Yang aku tau posing je le..Dalam rumah tu pun kosong jer.. so kami posing kat tangga je le.


Bawah rumah ni ada sekor kucing hitam tengah beristirehat.. Ni la Panglima Hitam tahun 2011 kot..hehehehe

Berhampiran Teratak Sri Tama tu ada la Telaga Mahsuri

 Takde apa nak tengok pun kat telaga ni.. Saje je la tangkap gambo kat situ. Dulu² orang datang sini sure basuh muka ngan air telaga ni. Tapi pernah aku baca kat telaga ni pernah orang ludah dalam tu.. Geli pulak nak basuh muka kan.. so kami buat basuh kaki je le... buat syarat. Tapi kat sebelah tu ada pulak orang jual air telaga mahsuri dalam botol. Tapi aku tak beli pun... 


 Pemandangan sawah padi dari kawasan Telaga Mahsuri..


Lepas singgah sini, kami singgah kat satu lagi rumah. Takde pulak ditulis rumah apa. Tapi konsep rumah kampung la. Saje je nak pi terjah dalam tu, rupanya ad dijual macam² souvenir la kat situ. Tak beli  pun... usha je.. 


Lepas keluar rumah ni, ada sebijik lagi rumah besar. Yang paling besar kat dalam kawasan Kota Mahsuri ni rasanya..Tapi sebelum pi sana sempat la aku beli air Nira Kelapa Pandan ni.. RM1.50 satu cup. Takde la sedap pun..tapi just nak rasa je. Air gulanya pun gula tak hancur dek non!!!

Ha, ini la rumah besar tu..
Ekceli ni dalam ni ada diorama pasal cerita Mahsuri.
Aku pun tak tahu apa jadahnya diorama tu tapi bila masuk yang ada hanyalah patung² yang menggambarkan suasana masa zaman Mahsuri.. Tah apa² tah le.. Nasib free...kalau kena bayar, memang tak berbaloi langsung!

Sebelum blah, posing dulu la yer..


Ni pulak kat Makam Mahsuri [kononnya]... tak tahu le betul ke tidak sebab ada yang kata makam sebenar Mahsuri tu bukannya kat sini..


Sebelum keluar akan lalu kat tempat orang jual souvenir lagi. Takat T-shirt & keychain tu malas la nak belek. Tapi aku tertarik dengan benda ni..
 Ni perfume HARUMAN MAHSURI. Tapi dalam bentuk roll-on. Ada tester kat situ so aku pun cuba la.. Memang wangi tau & tahan sampai malam. Sampai aku ingat berhantu la benda ni sebab wanginya tak hilang² sampai waktu tidur. Wanginya tu lain macam sikit.[Tetiba terbayang pontianak lak].  Tapi aku tak beli pun sebab botol cinonit tu harganya RM18 sebotol. Kalau spoloh hinggit harus gak beli.


Yang kotak merah tu pulak namanya BELIKIT.. [tak komersial langsung namanya]. Aku ingatkan minyak wangi rupa²nya minyak angin. Bau sikit² cam minyak cap kapak tapi dalam bentuk roll-on jugak. Yang ni aku beli la sebotol sebab kebetulan aku memang tengah sakit kepala.




Kata budak kat situ, perfume HARUMAN MAHSURI & BELIKIT ni hanya ada di KOTA MAHSURI je. So jangan harap la korang jumpa kat Idaman Suri ke, HIG ke, Langkawi Saga ke, Jetty point ke dll. Kalau sapa nak beli, silalah singgah ke Kota Mahsuri tu... 

Lepas ke Kota Mahsuri kami balik ke motel. Masa tu dah pukul 11.00pg. So balik hotel, kami kemas² barang & check out pukul 11.30pg. Tapi nak check-in hotel kat pantai tu pulak pukul 3.00ptg. Sementara nak tunggu time boleh check-in kami buat aktiviti lain dulu. Apa tu??? Tunggu next entry.


** Dah balik ni rugi pulak aku tak beli HARUMAN MAHSURI tu... Sape nak pegi Langkawi??? Aku nak kirim...

9 comments:

kakyong said...

ada KOTA mahsuri rupanya...

lama jugak dah tak gi langkawi nih.. last pergi tahun 1993... :p

munna said...

bestnya Langkawi.. harap2 tahun depan munna sampai sana

SYANI said...

Kak Yong,
Lama dah tu.. sekarang Langkawi dah lain.. Kena pegi lagi tau..

SYANI said...

Munna,
Insya-Allah... plan la dari sekarang bila nak pegi...

Alin Marlini said...

dah lebih 6 tahun tak pegi Langkawi..macam2 ada sekrang ni..

yana halim said...

ini mcm dah menjelajah habis-habisan nie. Akak dah pergi 2 kali pun belum sampai lagi byk tempat. Kena pergi lagi la tu kot..

Yan said...

masa ke langkawi awal tahun ni kami pun makan kat resto Pak Hassan tu. Duk kat meja yag sama macam u satu family..hee

Redbloodsnow said...

hehehe...tergelak zie bila baca part nyau itam tu bila awak tulis yg ini --> "Ni la Panglima Hitam tahun 2011 kot"

sengih sorg zie di buat nya :D

|| NaFiRaa || said...

bestnye~ citer lagi!! nak gambar lagi!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...