Thursday, November 3, 2011

KUIH TELINGA KELING

Dulu tak suka, sekarang suka
aku citer pasal kuih tu la... 
Kuih Peneram a.k.a Kuih Telinga Keling

Dulu kuih ni selalu jumpa time raya je
la ni tak payah tunggu raya, ada je jual kat mana².




Dulu aku cukup anti dengan kuih ni
Dah le kaler hitam cekelat² cam tu kan
Tak bernafsu sungguh nak makan kuih ni

Pernah sekali dulu masa aku darjah 1@ darjah 2 [dah tak ingat dah]
Aku  ikut parents aku gi beraya ke rumah sapetah
Dia hidangnya kuih raya dalam piring [dulu kan tak glamer balang²  kuih ni]
Masa tu memang first time la aku nak try rasa kuih tu
Sekali bila dah gigit [banyak lak tu] aku rasa cam takleh nak telan
tak sedap sungguh rasanya, takleh terima dek mulut aku
[tekak jangan tanya la sebab tak sampai ke tekak lagi]
last² aku luah balik dalam piring kuih tu
Berselemoih dengan air liur aku [tak tahu le makcik tu perasan ke tidak]

Semenjak hari tu memang aku tak sentuh langsung kuih ni
sehinggalah aku pun tak ingat bila aku start makan kuih ni balik
Tapi ikut orang yang buat tu jugak kan?
Kadang² tak sedap, terlebih tepung la, keras la, tengik la
tapi kalau dapat yang sedap, banyak gak aku makan
yang paling sedap aku pernah makan masa kat opis lama aku [OHC]
ada sorang brader despatch ni belikan kat kitaorang
memang sedap, comel, kecik & rangup. Sampai malam pun rangup lagi tau
[tah mana pulak dia beli kuih tu]

Kat Batang Kali pun payah gak nak jumpa kuih ni sebenarnya
Cuma ada dijual di pasar & pasar malam je
So everytime aku pegi pasar @ pasar malam, aku akan beli kuih ni
Dia jual 10 biji=RM1. Selalunya aku beli 2 ringgit.

Korang suka tak makan kuih ni??? Kat mana korang beli yang sedap yer??




** Buka pose hari ni nak makan apa yer??



9 comments:

kakngah said...

aku suka wey kuih ni. nenek aku buat sedap nak mampos. dia buat jam raya jek. tapi 2-3 thn kebelakangan ni dah tak buat. ontua tu makin uzur dah...

kalau g psr mlm bkt buntung mesti beli 2-3 hengget gak...

gedek! said...

apasal la letak nama cenggitu, kan?

LYAfrina said...

kuih febret ni.. tp kt kt trg ni pgil kuih derang..

Juliet_iRa~" said...

sedap la kak..heee..nenek sy suka buat dl..sbb org melaka kan?;p..

dl tau nama kuih ni telinga keling je..haha..xtau pon kuih denderam tu..

kt p.mlm pon ada jual dah ni..tp kdg2 y xpndai buat xsedap gak...

nenek sy buat gak sedap!:D

adyputra said...

suka.. biasa jumpa kat pasar malam je.. sejak dua tiga menjak ni dah tak jengah dah..

Hanis Azla said...

akak suka kuih ni.. selalu beli kat pasar malam..

So Shy Lady said...

btul, mkn skali rs nak lg... apa ada pd rupa kn ;D

zures said...

mummy cukup suka makan kuih ni...sedap sangat...

Nasha Hatika said...

Mak.mentua sye jual kuih ni...alhmdllh..laku gle kot...shri dpt rm100

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...