Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

LANGKAWI 2011 (Day 3) --> GO KART

Lepas check-out motel di Kuah terus kami pegi area Padang Matsirat
[dekat dengan area airport sebab next hotel kami dekat² je ngan airport]

Memandangkan time untuk check-in hotel dalam kul 3 ptg
so kami ada masa lagi dalam 3 jam before check-in
Sampai di sana,  dalam kul 12 tgh, tempat memula tuju ialah tempat go-kart

Ekceli lama dah hasben aku duk simpan impian nak ber go-kart ni
Dah 3 kali datang sebelum ni, sekali pun tak pernah try
Kali ni datang wajib cuba le tu

Before start meng 'go-kart' ni, kena la beli tiket dulu 
Kat bangunan tu la officenya, tempat korang kena beli tiket.
Ada 2 jenis, kalau yang solo RM37 untuk 10 minit
Kalau nak naik berdua RM60 untuk 10 minit

Memula tanya Adib kot² dia nak naik dengan abah dia
Tapi dia tak nak pulak.. takut konon
so hasben aku beli tiket yang RM37 tu 
[aku tak naik pun sebab tak minat & tak reti..heheheh]
Yang ni yang single seater punya go-kart


Sebelum memulakan aktiviti, kenalah pakai protection kan
ala... bukan apa pun, takat helmet jer...
Pilih je mana korang suka... helmet budak kecik pun ada..


Masa kitaorang sampai ni, ada satu family baru je nak blah dari situ
So masa hasben aku tengah ber 'go-kart' ni, dia sorang je la kat trek tu
Orang yang jaga tu pun aku rasa dia set masa pun lebih 10 minit untuk hasben aku...


Sementara menunggu hasben aku, kami tunggu bawah khemah yang mengadap trek tu
 Menonton abah depa beraksi di trek..


 Adib yang setia di pagaran... masa ni dia cakap dia nak naik pulak dah..
Tak kuasa la aku nak beli tiket RM60 tu pulak... aku cakap kat dia, tak payah le sebab hari panas.. nanti Adib demam... Siap pujuk nanti kita datang lagi...  [bila lah agaknya tu..]


Gambo wajib tayang... Tuan blog yang semakin mengembang.. kuang..kuang..kuang..



1 comment:

Queenie said...

rm37 utk 10 minit jer?
tak berbaloinya

tak mampulah...next time kalau ke langkawi nak sewa scooter jer, boleh round satu pulau berjemaah hek3...