Monday, April 4, 2011

Moshi..moshi... Jemput makan Donashi

Sabtu lepas lepas habis keje
pi singgah Jusco AU2..
ingatkan nak mentekedarah SUBWAY hari tu
tapi tengok Saturday punya menu ada filling seafood
so tekak aku tak berapa berkenan, maka tak jadi singgah SUBWAY
memandangkan kedai Big Apple tak jauh dari Subway
maka melencong la aku ke situ...

Ini la dia hasil pembelian hari tu
first  time beli donashi weh... tak tahu mana yang sedap
so aku pilih satu untuk setiap jenis [dapat la rasa semua kan??]


Kalau ikutkan satu tray ni ada 28 ketul [harga RM25 je]
tapi 3-4 biji dah ditelan dek anak2 & mak anak [tu yang ada rompong tu]
pastu baru teringat nak tangkap gambar

Puas hati dapat makan donut mini dengan banyaknya..
bila kecik2 ni tak le muak sangat bila masuk mulut

** Kebetulan masa aku beli tu, ada sorang amoi ni suh aku guna kad diskaun dia.. Alhamdulillah la.. jimat 10% dari harga asal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...