Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 30, 2010

Tip Kesihatan Untuk Wanita 30-an

Diam tak diam dah masuk 30-an dah umur aku. Rasa cepatnya masa berlalu. Rasanya macam  baru semalam aku sweet-17 [tipu la tu...jolok tekak sendiri untuk muntah yer..]. Rupa aku ade cam umur 30-an tak yek??


Ade yang cakap umur aku dalam 24-25.. [kembang  vontot aku yang dah sedia kembang ni..].

Tak kisah le 20-an ke 30-an ke 40-an ke, kesihatan tetap harus dijaga kan. Nak2 yang dah berumahtangga & beranak pinak, langsung takde masa nak pikir diri sendiri - asyik pikir laki & anak2 jer.. [depa ade pikir pasal kita ke tidak???]. Kengkadang nak memanjakan diri pun tak sempat. Nak makan ubat @ supplemen pun kadang ingat kadang tak. Nak berkubang dalam  bilik mandi lama-lama pun tak sempat.. 

Walau macammanapun ye kengkawan, dalam duk sibuk2 urusan harian tu, kita nak tak nak kena la jugak curik masa untuk "merawat, menjaga & memanjakan" diri sendiri. [Nak harapkan laki manjakan terus dikata mengada2 lak]. So terpaksa la kita buat sendiri. 

Memandangkan umo masing2 dah berganjak ke 30-an [jangan tipu ha.. aku tau ramai dah baya2 aku dah], aku nak kasik tip2  berguna yang kalau tak banyak pun sedikit la  dapat membantu kita2 semua mengekalkan kesihatan & ketrampilan diri yang baik.

  • Kawal pemakanan - proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan.
  • Gunakan Pelembap yang sesuai - Apabila umur dah menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu, penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing2. Harus diingat bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. 
  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari - Jangan biarkan muka banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan sahaja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kekeringan. [Kalau degil alamatnya cepat la kedut kulit korang tu].

  • Sentiasa bersenam - Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Minum banyak air - Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai  penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penhadaman dan penyingkiran toksin dalam badan. Kata Dato' Dr Fazilah Kamsah, minum banyak air kalau boleh hinggakan air kencing kita pun jadi putih [tak kuning macam selalu].
  • Supplemen/ Makanan Tambahan - Pengambilan vitamin adaah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan pejabat dan rumahtangga menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

  • Elakkan bermekap tebal - Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita nampak lebih tua dan garang.
  • Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang - Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif dan sentiasa ceria. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.

Dengan tip2 yang dah tersenarai kat sini, sama-samalah kita aplikasikan. Bak kata ustazah aku, ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah.. Adios!!


4 comments:

Me said...

pokok yg tak berbuah tapi sekadar merendang.. i pun semakin merendang nie syani uhuk uhuk...

alia said...

thank for the info..lagi 2 tahun alia pung masuk 30...

JUE said...

Jue ada x mcm dh umor 30 thn & 4 bulan? or still cam sweet 17 lagi? hehehe...

* X yah perasan la Jue oii...cam lagi tua lagi ada! - tlg ckp kn. ;P

Unknown said...

suka entry ni :)..hai salam kenal..