Sunday, September 5, 2010

Persiapan Akhir Menjelang Raya

Jumaat depan Insya-Allah kita akan beraya la kan. Dah nak dekat raya ni maka bermulalah aktiviti tahunan kitaorang. [Buat setahun sekali jek!].

Selalunya aktiviti tahunan kitaorang  yang utama menjelang raya ialah mengemop satu rumah. Tapi ni dah selalu buat sekarang so dah tak jadi acara tahunan. Dulu masa duk umah sewa sekali sekala je mop rumah sebab dulu pakai tikar getah. La ni dah pakai tiles kena la rajin mop ye dak??

Agenda utama tahun ini ialah – basuh langsir [hari tu dah basuh night curtain, hari ni basuh day curtain lak]. Sekali lagi menjimatkan kos – tak hantar dobi pun cuma basuh sendiri guna WM. Mujur la day curtain ni ringan je tapi kain lace tak leh le nak ganazzzzz sangat mencucinya. Boleh carik dibuatnya kan?? kan??  Masa tanggal langsir tu punya la beram langsir tu. Dari warna asal putih susu la ni dah naik kelabu. Sekali rendam mau keruh air rendaman.
 -nampak beram tak???-


Tapi ada aku kisah?? Tak kuasa la nak basuh tangan. Last2 angkut dua2 keping masuk dalam net basuh kain [sib baik aku pernah terbeli yang besar so senang sumbat 2 keping curtain tu]. 

-lepas buh dalam net ni, humban dalam WM... senang koje ahkak!-

Habis satu agenda, start lak agenda kedua. Sementara menunggu kain langsir kering, sliding door yang tak pernah dicuci semenjak duk sini (dah 2 tahun weiiii), kena la cuci. Dah naik berdebu, kerak dan yang sewaktu dengannya. Sekali bukak langsir baru terserlah rupa paras sliding yang menyerlahkan tahap malas penghuni rumah.. [malunya mengaku diri sendir!!!]. Sape punya keje??? Sape lagi kalau bukansuami & anak2 kesayangan lor… Aku tak nak lap, nak tangal, cuci & pasang langsir sajork.. Tu pun naik lenguh tengkuk aku sebab rail langsir tu tinggi beno…

 -bersungguh2 depa anak beranak-

Selesai agenda utama, tinggal aktiviti sampingan je la. Kemas2 mana yang patut je.. Baju raya pun dah siap iron & gantung dalam lemari [semangat nak raya nih!!]. Baru teringat, kuih tunjuk tak pilih lagi. Sat lagi orang mai rumah aku hidang ayaq sejuk dengan sekut kerin ja… Minggu depan kena pi beli lah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...