Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 18, 2010

Rendang Raya Tahun Ni Tak Menjadi

Raya kalau takde ketupat, rendang & kuah jacang sure tak sah kan??? kan??? Cam tu jugak la dengan family Cik Besah. Kalau bab rendang merendang ni serah le kat Cik Zul (pak mentua aku). Memang expert dia masak rendang especially kalau kenduri kendara. Sebut je rendang pedas, rendang rempah, rendang tok semua dia reti.[Menantu dia je yang tak reti2... reti makan jer..]

Tah kat mana silapnya, sebelum2 ni cara masak memang guna stail Cik Zul. Tapi tahun ni Cik Zul boleh guna resepi orang lain la pulak. Ni Cik Besah la pujuk rayu Cik Zul ni. Apa yang lainnya??? Tahun ni ayam yang nak direndang tu deme goreng dulu. Ade jiran kat sini cakap kalau nak ayam tu tak hancur bila buat rendang, goreng la dulu ayam tu. So bila Cik Besah dah beria2 suruh Cik Zul ni pun ikutkan je la.

Malam raya tu  bila dah siap rendang tu aku pun try test la. Memang sedap.. macam biasa la rendang2 yang pernah dibuat oleh pak mentua aku tu. Pagi raya tu pun elok lagi. Tapi bila dah tengah hari aku tengok ayam tu dah lain macam. Ada cam buih2 sikit kat tepi kuah tu. Adakah tanda2 sudah mau basi??? Dah la aku suh cik Zul masakkan 2 ekor ayam lak tu...Satu kuali sedang tu.... Kalau basi rugi la aku kan??? Aku ke yang tak reti simpan rendang tu?? Impossibble sebab aku dah perangat dah pagi tu & tengahhari tu. Takkan leh basi kot.

Kebetulan Cik Besah datang rumah aku tengahhari tu so aku tanya dia. Dia pun cakap rendang kat rumah dia pun jadi cenggitu jugak. Sudah... rumah dia masak 5 ekor ayam lak tu.. Lagi haru. So petang tu Cik Zul kata nak perangat balik rendang tu semua, masak sampai kering & jadikan serunding. Plan asal dari rendang sudah tukar jadi serunding.

Selalunya rendang Cik Zul ni memang lambat basi. Boleh tahan berbulan2 [kalau masuk peti ais la]. Sampai setahun pun boleh tau!! Tu yang bila kali ni tak sampai sehari dah hampir basi, menjadi kemusykilan pada kitaorang. Cemana la dia boleh salah resipi. Rupa-rupanya, dia kata kalau goreng ayam tu memang tak tahan sebab air ayam tu tak kering betul. Kalau buat masak, makan & terus habis boleh la goreng dulu. Tapi kalau nak tahan lama tak leh la goreng dulu. Siap pastu dia bagi warning kat Cik Besah, pas ni jangan nak pandai2 guna resepi orang, masak je guna cara kita, jangan nak ikut2 orang.. hehehehe


Petang raya tu masa cik Zul men"serunding"kan  rendang ayam tu. abang ipar aku ngan jiran sebelah rumah Cik Zul sibuk buat lemang lak. Orang sebelum raya buat lemang tapi deme petang raya baru nak buat. Ade la dalam 11 batang depa buat. Alhamdulillah menjadi la lemang2 depe tu walopun first time buat. Makan la lemang tu dengan serunding Cik Zul...

-dalam proses menyerundingkan rendang ayam-



Dalam orang sebuk2 petang tu, Yaya lak sebuk candid gambar orang sana sini. Feeling2 fotografer la tu. Dalam banyak2 gambar candid tu terselit la pulak gambar daring sorang ni... PHEWIT!!!!!

-besaqnya  bontot & drumstick tu bang!!!! -


*** Kecewa sebab rendang tak menjadi, esoknya abang ipar aku pi beli ayam lain untuk direndangkan.. Kali ni pakai ayam pencen je.. jadilah... &&&&& rendang tu pakai resepi original cik Zul okeh!!

4 comments:

makcikrehan said...

buntut laki ko ker tu wei? muahahahaha..... seksis taw!

ena said...

kah kah kah tak pasal2 ada orang tayang buntut kah kah kah...

weh bestnya pak mentua wat rendang!! aku yg pompan ni pon tak reti wat rendang! ekekkeke

SYANI said...

rehan, tu bukan buntut laki aku. Buntut dia tak sebeso tu.. Yang menunggeng tu anak buah aku yang pakai sampin pengantin tu la....

SYANI said...

Ena,
Aku pun sampai sekarang tak reti merendang gak...