Wednesday, September 22, 2010

ANAK DARA DAH PANDAI BERGAYA

Sebelum balik dari Ipoh minggu lepas, sempat lagi merayap kat kedai2 depan rumah mak aku tu. Si Aleeya la yang beria2 sangat suh aku belikan rantai baru kat dia. Masa raya hari tu aku ade bagi dia pakai rantai. Bukan rantai emas pun tapi rantai aksesori yang biasa2 tu.. ala2 silver tapi bukan silver.

Aku pesan pada dia jangan bagi kena air. Tapi bila dah pakai mula la tak hengat. Dia belasah pakai mandi ko.. last2 lebam la rantai cap ayam tu kan. Lelama dia putus. Pastu melalak la Yaya satu rumah suh aku belikan yang baru. So, itu la tujuan utama  ke kedai. Nasib baik la ade satu kedai yang jual aksesori. Malas la  nak beli yang tipu2 punya bawah RM10 tu [buat cepat rosak jer..], so aku belikan yang silver. Melayang gak le dekat RM50 untuk rantai tu. Ok la tu untuk dia pakai lasak2. Bukannya dia takde rantai emas tapi aku tak percaya bagi dia pakai. Kang di mana2 la tercicirnya. [sebab dah pernah jadi dah dulu]

Satu lagi kepantangan si Yaya ialah menengok benda bling-bling. Dah banyak sangat aksesori yang bling-bling tu sampai juling bijik mata memilih yang mana satu. Last2 dia suh aku belikan cekak bling2 ni. Naik pening mata aku dengan kilauan diamond tu. Hehehe. Rabak lagi aku RM8. [Mahal kan??] Yang sikit diamond dia tak nak. Nak yang banyak diamond lak tu.. Cerewet sungguh anak dara aku ni. Itu pun lepas dia tunjuk beli cekak tu, aku ajak balik. Kalau lagi lama kat situ  lagi kopak la aku.

*** nampak tak rantai silver tu??? Tu la rantai yang baru beli tu..

2 comments:

Me said...

nak juga anak dara ekau bergaya... anak dara eden belum lagi ada aura bergaya cam gitu... harap2 nanti dia pun teringin nak bergaya2 selagi tak mendedahkan aurat lee..

JUE said...

cantiknye yaya. pandai dia pilih aksesori. sweet2 jer ngn dia..

* Omak nye x mau pkai yg bling2 ker? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...