Friday, September 3, 2010

Masalah Wanita : Puasa, Qada & Fidyah

Salam Jumaat ye cik puan-cik puan semua
Hari Jumaat macam biasa ostajah akan bagi khutbah Jumaat
sape larat nak baca boleh teruskan
kalau tak nak baca pi la baca blog orang lain pulak
[mekacih sudi jenguk blog tak semenggah ni...]

Tadi aku pi PPZ sebab nak bayar zakat
kat sana biasa la musim2 ni - nak bayar fitrah le, fidyah le dll
sebut pasal fidyah, ade persoalan yang ditimbulkan oleh member aku
[tadi dah berdiskusi sikit tapi tak secara mendalam pun]


Selalunya kalau sebut fidyah, mesti orang akan kaitkan dengan puasa yang tidak diganti. Sebelum kena fidyah, yang utamanya kena la qada puasa yang ditinggalkan itu. adalah menjadi kewajipan mengqada puasa bagi orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan sama ada dengan sengaja atau dengan sebab keuzuran syar'i.  Qada puasa adalah WAJIB ditunaikan terlebih dahulu sebelum tibanya bulan Ramadhan akan datang. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada puasa yang tertinggal sebelumnya.

Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah puasa (tebusan) ialah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadhan. Ianya adalah dengan memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu cupak beras (atau apa2 jua bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu). Satu cupak itu adalah sebagai gantian bagi satu hari puasa yang ditinggalkan & ianya bersamaan dengan 556 gram.

Sabda Rasulullah s.a.w, bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin (riwayat Al-Tirmizi).

SOALAN 1: SIAPA YANG WAJIB BAYAR FIDYAH?

Golongan yang wajib membayar fidyah terdiri daripada beberapa golongan iaitu:
  • Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tiada harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.
  • Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah DAN wajib mengqada puasa yang ditinggalkan.
  • Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan  bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqada puasa yang ditinggalkan DAN membayar fidyah.
  • Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkannya.
  • Melambatkan qada puasa. Mereka yang melambatkan qada puasanya sehingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda dengan membayar fidyah dan WAJIB menggantikan puasa yang ditinggalkan. 
Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.


SOALAN 2: SELEPAS MEMBAYAR FIDYAH, ADAKAH SAYA BEBAS DARI HUTANG PUASA?

Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap WAJIB diqada' (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun tetapi bilangan puasa tetap sama.

Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebasa hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada. Sama la macam kad kredit. Lewat bayar kan kena denda/caj, tapi hutang masih perlu diselesaikan...


SOALAN 3: BAGAIMANA CARA KIRA FIDYAH?

Pakai contoh mudah jer...
  1. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak  
  2. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak
  3. Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak
  4. Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepa, bayar 4 cupak
  5. Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak
  6. Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak
Kesimpulannya, darab jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun itu, maka dapatlah jumlah cupaknya.

Senang kan??? Cuba bayangkan berapa fidyah yang nak kena bayar kalau sorang tu tak pernah berpuasa selama 40 tahun hidup di atas muka bumi Allah?? Berapa ribu juta cupak beras nak bayar. Tu tak masuk yang nak kena ganti lagi... [Kalau kata dah akil baligh selama 20 tahun darab 30 hari = 600 hari nak ganti tu!!! Mampu ke????]


Sebagai pesanan terakhir, disini ostajah menyeru la pada semua kengkawan ostajah terutama yang pompuan, cepat2 la qada puasa2 yang tertinggal tu lepas habis bulan pose ni. Kalau boleh jangan la sampai kena fidyah lagi. Kita tak tau masa akan datang, sakit ke, mati ke. Sedangkan hutang dengan manusia kita kena langsaikan sebelum mati, inikan pulak hutang kita dengan Allah. Jangan la sampai menyusahkan waris2 kita dikemudian hari. [Ni la orang kata hidup pun susah orang, mati pun menyusahkan orang] Lagi satu, selalu2  le pesan kat suami korang berapa hari yang korang kena qada pose. Kot2 la apa jadi nanti senang dia nak bayarkan fidyah tu...

Sekian tazkirah ostajah untuk hari ni
Renung-renungkan & selamat beramal...

** Pernah merasa ganti 30 hari 
[sebab bersalin awal Ramadhan] <---habis diganti dengan penuh kegigihan

** Tahun ni nak kena ganti 12 hari la pulak...
[semoga Allah permudahkan segalanya....
Tak mo la kena fidyah!!!


1 comment:

Queen said...

oh ostajah ghupenyeee..hihih...

pernah bayar fidyah kes terlambat so tak sempat..ade la 1 atau 2 hari..egeggegeggege...so bayar je pada orgyang kurang berkemampuan dalam bentuk wang yang sama nilai dgn nilai fidyah yang perlu di bayar...

pastu tahan jela dengar ostajah mak plak membebel kan..heee....tuela kesan org yang suke buat kerja bertangguh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...