Friday, September 24, 2010

Telur, Ikan Bilis, Sardin

Sebelum raya hari tu abah aku ade singgah rumah aku. Dia tidur satu malam sebab nak pegi ambik adik2 dari kampus. Kira rumah aku ni transit la sebelum meneruskan perjalanan [untung jugak duduk Batang Kali rupanya].

Sebenarnya, aku laki bini jarang makan nasi masa sahur. Nak2 pulak bila dah hujung2 ramadhan tu. Selalunya kitaorang minum air, makan kurma @ kuih2 [belen masa berbuka], atau roti. Dah kebetulan abah aku datang so terpaksa la aku bangun masak nasi untuk sahur.

Malam yang dia sampai tu [datang mengejut so takde persediaan la], aku dah pening kepala nak masak lauk apa untuk sahur. Mana idaknya, aku jarang beli lauk2 basahan ni sebab aku jarang masak. Yang ade dalam esbok masa tu hanyalah telur & ikan bilis je. Ayam ke daging ke ikan ke sayur ke nan hado okeh!!!. 

So masa bangun sahur tu aku hidang je le kat dia ikan bilis goreng taruk kicap dengan bawang potong, sambal sardin dengan telur dadar je le... 

 -camni le rupa ikan bilis goreng tu cuma aku tambahkan kicap je-
(gambo credit to eiramalik)

Walaupun sempoi, makan bertambah rupanya orang tua tu. Hasben aku tak makan pun. Kalau ikutkan aku pun takmo makan tapi sebabkan kesian kat abah makan sengsorang, aku ceduk jugak le nasi masuk pinggan.

Rupa2nya  bila dia balik rumah mak, mak tanya dia makan apa kat rumah aku. Dia kata, kat rumah along [aku le tu] balik2 telur, ikan bilis, sardin <--- kutuk aku le tu! Masa balik raya hari tuh mak aku citer la kat aku. Abah... sorry la sebab hidang lauk serupa je.. Mana idaknya, abah datang time2 kemarau, memang la tinggal lauk tak sedap. Cuba kalau abah datang time baru dapat gaji, jangan kata ikan bilis, ikan jaws pun aku boleh kasik.. keh..keh..keh.. Nak2 pulak datang mengejut, jawapannya mencekik apa yang ade je la.... [itu pun mujur ade, kalau semuanya takde??? makan hangin je la..]

** Kalau korang berada dalam waktu desperate camtu, lauk apa korang hidang yek???

2 comments:

Me said...

lauk yg ekau masak tue semuanya penambah selera utk eden le... in fact mingu2 terakhir berbuka puasa eden mkn lauk2 tue je... segala aym golek beli kat param eden tak sentuh pun.. kalau eden.. mungkin eden akn masak sup fucuk n soun (benda nie kan stok bhn kering yg tahan lama) sebagai tambahan, papadom, n pastikan ada stok drummet ke apa ke (mcm ayamas ke..) yg tinggal goreng je tue.. sekian...

SYANI said...

Ya tak ya jugak la fucuk & soun tu... thanks for the idea.. yang drummet/ nugget tu memang ade kat rumah tapi abah aku tak makan la pulak mende2 tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...