Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 5, 2010

Orang Lain Punya Mulut, Aku Yang Kena Tempias


Geram! Bengang! Kecewa! Hampeh! Tak Guna! #$@^&&%*!
Bulan2 pose ni ade lagi dugaan untuk aku
Sabar je lah!!!

Dugaan seterusnya adalah disebabkan oleh mulut orang lain
Kan hari tu aku citer pasal kompeni aku bagi increment
[pi selak entry lepas2]
alhamdulillah semua pun dapat, cuma bezanya tang amaunnya la
ade dapat sikit, ade dapat banyak
itu pun bergantung la pada bos department masing2

Before salary tu diberi bos aku dah cakap [warning] kat aku
katanya jangan sapa pun tau pasal increment setiap orang
[yang patut tahu hanya aku & bos aku yang 3 ekor tu jer]
ok fine! aku tak pernah bukak mulut hal2 yang P&C macam tu
lagipun aku masih waras lagi .. lagipun bukan style aku nak kepochi benda2 yang tak sepatutnya

So last week ade malaun mangkuk mana pi mengadu kat one of the bos
kata bos ini bagi sikit, bos sana bagi banyak <--- tak adil ke konon
[dia dapat sikit so dia bengang la kot!]
so bos A ni bengang la  & citer kat bos B
Bos B panggil aku siap warning cakap kenapa aku pi cakap berapa increment diaorang
[macam aku lak yang canang]
Hangin la aku wei!!!! 
Kalau benda tu tersebar sebelum dapat gaji boleh la nak blame aku
tapi ini lepas 2 kali dapat gaji baru weh
aku cakap dengan bos tu, bukan aku yang cakap
dah staf bercakap sesama deme
itu pun nak blame aku ke???

Yang aku bengang tu mulut orang lain yang bercerita, aku pulak yang dipersalah
Apa dia ingat semua staf tu bisu ke??? 
Kalau deme memasing nak riyak dengan increment yang deme dapat,  dosa tu aku kena tanggungkah??
Sakit hati aku!
Dah le tu ade ke bos B tu suh aku warning kat staf jangan nak kecoh2 pasal increment tu
WTF??? <---kira mencarut tak macam ni???

Konon aku nak le bermadah semanis kurma nak mintak duit raya tahun ni
bukan untuk aku sorang tapi untuk semua staf
tapi sebab mulut celaka sorang
semua kena la tempias
bos naik hangin, so langsung semua tak dapat
aku pun lepas kena tempias tu terus tawar hati nak bukak mulut lagi
susah payah aku provide report cun-cun baik punya <-- mementang collection office tersangat bagus semenjak dua menjak ni
tapi nampaknya usaha aku tu tak berbaloi langsung
lepas ni aku pun dah malas nak mintak apa2 lagi dari bos
aku nak supaya semua staf merasa hasil penat lelah kita bersama kat kompeni tu
[kalau ade lebihan, baik la kita tuntut hak kita yang dah lama kita tak dapat ye dak???]
tapi kalau ade yang masih tak bersyukur
masih ade dengki dalam hati tu
susah la...


*** to my dearest officemate, usah diharap benda yang datang tanpa keikhlasan! Bos memang sentiasa cari alasan & punca  supaya kita tak dapat apa yang sepatutnya kita dapat...

2 comments:

a kl citizen said...

kalau saya pun geram juga...

mulut tempayan je yang kita boleh tutup....kan

kakngah said...

patut deme bersyukur.. ada gak naik walaupun sikit.
aku??
hagheeemmmm...