Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 20, 2010

Menjakun Beraya Ke Rumah 1 Juta

Sempena cuti hari Malaysia hari tu, berangkat la kami sekeluarga Cik Besah ke rumah Pakcik hasben aku kat Shah Alam. Pakcik ni kejenya Professor Engineer kot. Memang dia sorang la dalam keluarga Cik Zul [dia adik Cik Zul] yang agak berjaya & kaya pun. Sebelum ni dia duduk Subang Jaya. Kebetulan dia baru pindah ke Shah Alam sebelum puasa tu yang dia ajak kitaorang  raya kat rumah baru dia.

Kata Cik Besah, rumah baru dia tu regenya dalam sejuta. Wah teruja jugak hati nak jejak kaki kat rumah orang kaya2 ni. Selalu tu asyik tengok gitu2 je, kali ni dapat la merasa letak tapak kaki aku dalam rumah tu.. First time kitaorang ke area situ, Alhamdulillah la tak sesat. Senang je nak cari kawasan rumah dia, cuma nak cari rumah dia yang mana satu je agak berpusing2.

Mula masuk kawasan Alam Impian Shah Alam ni, ternganga gak le tengok rumah besaq2 ni. Terdetik gak la dalam hati bila la aku nak merasa rumah macam tu. Nak beli tak mampu lagi...
-view depan rumah Pakcik, banyak lagi rumah kosong sebab ramai belum pindah lagi-

-salah satu rumah yang ade.. santeknya!!!!!!-

ni la rumah Pakcik tu.. Interior dia sikit je aku snap - tak nak la nampak jakun sangat kan??? Cover line la sikit...

Anak2 aku & anak2 sedara aku cukup suka main kat rumput karpet kat tepi rumah tu. Sampaikan Yaya cakap, mama buat la rumput macam rumah tok janggut tu. Adoi Yaya, tunggu la dulu. Rumput rumah tok janggut tu tah berapa ribu la pulak. Pokai la mama ngan abah nanti..


1 comment:

a kl citizen said...

memang cantik ya syania, napelah tak tangkap gambar interior banyak2...?

→ : menuju yang pasti