Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 10, 2010

Kalau Dah Buas

Entry ni aku taip masa malam raya
sure korang pun tengah sibuk2 mengemas rumah & buat persiapan terkakhir untuk raya kan?
aku pun walaupun tak sesibuk mana tapi buat2 la sibuk
[aku tak masak memasak pun sebab semuanya oder dari Cik Besah... menantu malas khen...]

tapi aku still buat apa yang patut la
lipat baju yang dah berlonggok [walaupun tak macam banjaran Himalaya Makcik Rehan]
basuh bekas2 kuih untuk isi kuih raya
basuh pinggan mangkuk berbuka semalam [ tak sempat basuh masa sahur sebab kitaorang tak terbangun sahur]
basuh baju yang dah penuh dalam WM [esok pagi mana sempat nak layan kain tu sebab sibuk layan tetamu.. eh, ade ke orang nak mai rumah aku????]
kemas2 rumah sikit mana yang berabuk tu

Tengah aku sibuk2, anak2 pun sibuk jugak dengan aktiviti depa
hari tu galak nak jadi gimnas sampai patah riuk ampai kain aku digayut dek budak2
la ni depa training nak lompat tinggi lak.
tengok ni...
video

yang kakak tu kurang la sikit
si adik la yang cipta stunt ni
sampai rebeh sofa aku dilenjan dek depa
kot ye pun nak membuas, jangan la sampai jahanam reta benda mama weh
dah le sofa baru belum boleh beli lagi...


** ok la dah ngantuk dah ni, tapi duit raya tak masuk sampul lagik... jap lagi nak buat jap sambil layan Sampaikan Raya kat TV3. Orait!!!  SELAMAT HARI RAYA!!!

No comments: