Monday, September 20, 2010

Mulut Budak Kecik Ni Memang Lancang Tau!!

Tak habis lagi cerita raya.. Masa balik kampung baru ni, aku pi balik Pantai Remis dulu sebab family aku semuanya berkumpul kat sana.  Petang raya kedua tu aku pun bertolak la dari Batang Kali. Bertolak dalam kul 5.30 petang so sampai la kat Pantai Remis dalam kul 9 malam. Anak2 lak  sepanjang perjalanan asyik tidur je.. aman sikit dalam kereta sepanjang perjalanan. Tapi yang lenguhnya aku la sebab meriba si Adib. 3 jam lebih lak tu.. naik kebas tangan kaki aku.

Esoknya aku ikut la mak aku pi beraya rumah sedara mara yang berdekatan dengan rumah wan aku. Pi la rumah sepupu sepapat mak aku.. tak jauh pun cuma jalan kaki jer. Si Yaya & Adib pulak mengikut aku. Hubby aku lak takde keje lain dok asyik buat taik mata kat rumah. 

Sampai kat satu rumah sedara yang aku pun tak tau pangkatnya cemana dengan aku [aku panggil dia opah bunga- sebab rumah dia banyak bunga dulu], si Adib buat perangai lak. Mula2 masuk rumah tu kat ruang tamu ok lagi. Pi kat area dapur dengan takde tapisnya si Adib terus tutup hidung, buat bunyi muntak uwek!!!, pastu dengan mulut takde insuran dia cakap bucuk!. Malu aku!!! Memang la agak berbau sikit dapur dia sebab jambannya agak dekat dengan tempat kitaorang duduk. Lagipun kat rumah tu ade orang tua yang agak uzur dan berak kencing atas tilam. Tu yang ade bau yang kurang menyenangkan. 

-Kat rumah yang Adib kata bucuk tu la..Nampak tak pintu jamban tu??? Bila tutup kureng la sikit baunya. Orang tua tu mak kepada Opah bunga tu. Dah dekat 100 tahun kot umurnya-

Yang Opah bunga lak, jamu kitaorang kat dapur tu. Nak tak nak terpaksa la tahan dengan bau tu. Tu pun aku berdoa mak aku jangan la berlama-lamaan kat situ. Si Yaya nasib baik la tak lancang macam si Adib. Dia diam jer walaupun dia ade cakap busuk. Si Adib lak langsung tak nak jejak dapur bucuk tu. Dia pi main kat ruang tamu. Adui.. si Adib ni, buat malu kompeni jerk!!!

1 comment:

Queen said...

masa 2 nielah nak ajar adab dan tatasusila pada anak2 kan..cabaran tu..hee...takpe..slow2..insyaAllah nanti dia tahu....

anak buah pun ada sorang gitu....selamba je sound...haih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...