Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 21, 2010

Murah Rezeki Di Hari Pertama Puasa

Sempena bulan Syawal ni ramai la orang yang ambil kesempatan nak berpuasa sunat 6.  Aku tak mula lagi tapi aku dah start pose semalam. Bukan pose sunat 6 tapi pose qada. Menggigil perut menahan gelora lepas disumbat dengan macam2 selama seminggu. Dah le tu, baru masuk keje semalam, opismate aku pulak buat makan2 raya la pulak... tergugat iman den. Kalau aku niat puase sunat je dah tentu2 aku bukak pose tapi sebab aku niat nak qada pose so kena SABAR!!!!!

Ada member tanya aku kenapa tak combine ngan pose sunat 6 sekali. So, inilah kemusykilan yang bertahun2 dipertikaikan. Boleh ke tak boleh. Masa aku muda2 & bodo2 dulu pun aku buat gak niat sekali untuk dua-dua - ganti & sunat 6. Tapi sejak aku terbaca soal jawab agama [kat mana tah sebab dah lama dah], aku pun dah tak amalkan macam tu lagi. Lebih afdal kalau buat yang wajib dulu (qada) baru buat yang sunat ye dak.. Sebab kalau tinggal yang wajib, yang sunat pun tidak dikira kan??? [Cam tak cukup syarat gitu!]. Untuk penjelasan lanjut boleh pi jenguk kat SINI.

Petang semalam singgah le beli nasi kukus ayam rempah untuk buat bukak pose. Siap mintak yang dabel lak tu [gila lapar la katakan... tamak]. Sampai je kat rumah babysitter, dia pulak buat open house. Dia jemput aku & hasben join tapi aku cakap aku pose. Last2 dia bungkuskan  laksa & bubur kacang untuk aku. Alhamdulillah, murah rezeki di awal2 puasa ni..


Kenyang la wei aku berbuka semalam. Lepas berbuka ade jiran ajak gi rumah dia. Makan lagi.. Kat rumah jiran tu makan laksa Sarawak lak.  Memula tengok tu aku ingatkan bihun hailam. Rupanya laksa sarawak ni bukannya macam laksa yang biasa2 kita makan tu tapi bihun biasa. Kuahnya je yang lain. First time tengok & first time makan. Aku yang dah kenyang ni tak berapa nak makan la. Buat rasa2 cukup la. Tapi aku tak leh pegi la... tak sesuai dengan tekak aku. Rasanya pelik sikit. Macam jamu pun ade..hehehehe..

Gambarnya aku tak tangkap la pulak sebab tak bawak henpon pun masa pegi rumah dia. Sapa yang tak pernah tengok laksa Sarawak, ni la gambarnya yang aku gugel.
 
Dia punya bahan sampingan pun lain dari yang biasa. Takde daun kesum, bunga kantan, timun,bawang,  cili & telur rebus tu. Yang ade hanyalah ayam, udang, telur dadar [dihiris2], tauge & sambal cili cam sambal nasi ayam tu. Satu benda je yang sama dengan laksa biasa tu - limau kasturi. Sape dah try?? Pada korang sedap ke laksa Sarawak ni???



** Malam ni pun ade jiran buat open house lagi.. Tak yah la beli makanan bukak pose karang.. Save bajet!!

3 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak suka sangatlaksa sarawak sebab rasa mcm rempah byk sgt..hilang kelaksaannya :P

Queen said...

tak pernah makan laksa sarawak...paling suka laksa penag dgn laksa johor..ngeee...

murah rezeki kan..saya ni nak puasa ..niat je...puasa nye idak...bukanlah makna sangat pun..makan ngarut2 je..tapi tuela..menggigil kalau tak makna..agagaga

JUE said...

xpenah mkn laksa sarawak. teringin jugak nk try...tp x terjumpa (coz x mencari pun...kalau ada, nk try. tu je...).

owh...x bape sedap eyh?