Monday, September 27, 2010

Gemuk, Gemuk & Gemuk Lagi

Balik dari cuti raya  hari tu ada la 2-3 orang cakap aku dah gemuk. Siap ade yang berprasangka aku mengandung lagi. Benci tau! Obvious sangat ke kegemukan aku sekarang ha??? Memula tu aku tak ambik pot sangat. Biasa la kan, raya time. Bantai makan macam2 mana la badan tak naik ye dak??



Pastu aku ade timbang la berat aku. Jarum timbang tu idak le menunjukkan perubahan ketara. Naik la 2 kilo kan. Lagipun minggu lepas aku dah start pose. So nanti esok lusa konon2 jarum timbang tu kona ke ke kiri la pulak. 

Tapi pagi tadi masa nak pi keje, biasa la kan mekap2, pakai jam, pakai gelang, pakai cincin, pakai brooch dan yang sewaktu dengannya. Satu perubahan yang  berlaku ialah cincin aku tak muat... Ini serius gemuk dah aku ni. Jari jemari aku ni dah semakin montok <--- mementang dulu aku suka main jari jemari MR masa aku mengantuk dalam kelas! 

Bak kata wonderpets ---> INI SERIUS!!!!!

Nak kena turunkan berat badan ni., tak leh jadi. tapi hari ni takleh start le
sebab.... hari ni ada jamuan raya kat opis
makan sedap weh.. rugi kalau tak makan
story mori  jamuan raya nanti aku citer ye

** Semalam dah bantai makan kat 2 open house. Mana la tak menyumbang pada tumbesaran tubuh aku ni.
[An, sib baik hang tak datang semalam, sah-sah hang pun kata aku gemuk!]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...