Thursday, September 2, 2010

Turn Over Staf di opis aku sangat tinggi

Semenjak dah jaga admin ni, semua staf keluar masuk semua aku kena tau. Baru lepas mengemas2 fail2 & rekod staf. Untuk staf yang masih berkhidmat, fail deme aku letak dalam kabinet fail. Tapi untuk staf yang resign fail diaorang aku masuk kotak. Kotak2 tu semua aku letak kat atas rak dalam bilik aku.
 -nampak tak.. dah 2 kotak besar dah file orang yang dah resign. Itu pun yang dari tahun 2000. Yang sebelum2 tu banyak dah buang.

Selama aku keje kat opis ni, dah berapa ramai orang yang keluar masuk. Agaknya kalau aku jumpa deme kat luar pun sure dah tak ingat nama dah. Masa memula aku join opis ni stafnya ade la dalam 60 orang tapi la ni, sehingga ke hari ni staf cuma ade 30 orang je. Lain2 semua dah cau cin cau. Tinggal je le kami yang tua  bangka kat sini jadi tukun. [Bukannya tak nak berenti tapi peluang yang ditunggu2 masih tak tiba..]

Agak2 korang kalau  ramai sangat staf keluar masuk satu kompeni tu, orang yang problem ke, kompeni yang problem???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...