Sunday, September 19, 2010

Pembaziran2 di Hari Raya

Konon nak beria2 menyambut raya, so beria2 la beli persediaan raya. Aku tak tahu kamu-kamu orang punya raya ade pembaziran ke tidak. Tapi pada aku & Cik Besah pembaziran terlampau la tahun ni...

1. Rendang - Ayam yang nak direndangkan adalah sebanyak 7 ekor. Disebabkan salah resipi, rendang hampir basi & terpaksa diserundingkan. Esoknya kena beli ayam lain sebab nak buat rendang. Serunding bahagian aku, aku bawak balik kampung. Yang kat rumah Cik Besah lak depa pakat bantai makan dengan lemang.

2. Lemang - Cik Besah bagi aku sebatang soh bawak balik kampung. Dah sampai kampung baru perasan lemang tu tertinggal dalam rumah. Balik dari kampung, lemang tu lak dah basi.. buang je le...

3. Ketupat - Jangan main2 weh, ade lagi orang buat ketupat daun ni. Ni bukan ketupat daun palas tu tapi ketupat nasi. Punya excited nak sambut raya, laki aku order ketupat tu 50 biji. Kononnya rumah aku 20 biji & bagi Cik Besah 30 biji. Rupanya Cik Besah pun oder lagi 50 biji. So dah jadi 100 biji la. Kat rumah aku luak pun  dalam 5 biji je. Yang selebihnya 45 biji tu sape nak makan??? Member2  pun tak ramai datang rumah raya pertama tu. So dalam 15 biji aku bagi kat pakcik depan rumah aku, 10 biji aku potong2 sumbat dalam peti ais & balance tu aku bawak balik kampung.

4. Kuah kacang - pun aku import dari rumah Cik Besah. Aku suh dia masakkan untuk aku. Modal hasben aku kasi la kan. Ade la dalam satu periuk sederhana kecik tu. Tak habis jugak so aku sumbat dalam peti ais sebelum balik kampung raya kedua tu.

Balik je dari kampung [4 hari kat kampung], semalamnya black-out. So rumah aku takde api semalaman la. Tengok kat peti ais, air dah meleleh keluar sebab ais semua dah cair. Pastu ketupat dah naik kulat, kuah kacang pun dah basi. Kesudahannya- masuk tong sampah lor... Langsung tak boleh makan. Sayang je semua makanan tu.. Terpaksa la aku menjadi sahabat shaiton di awal2 Syawal ni.. 

Yang rumah Cik Besah pun 2x5 jugak kisahnya. Cik Besah lak tak cukup dengan ketupat 50 biji dia pi bantai buat nasi impit lagi 12 pek. Ohhhhhhemmmmmmmjiiiiiiiii... sapa nak makan tu semua?? Last2 tu kata Cik Besah semua ketupat dah berkulat [ade la dalam 30 biji], semuanya masuk bakul sampah. Membazir.. membazir... membazir... rugi.. rugi.. rugi..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...