Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 15, 2010

Cerita Malam Raya & Balang Kuih Raya

Tahun ni kiranya dah 6 tahun aku beraya sebagai isteri orang. Maknanya dah 6 kali beraya bersama famili sendiri. Sepanjang aku dah kawin ni setakat ni giliran balik kampung untuk beraya masih lagi adil la. Tahun ni turn beraya dengan Cik Besah dulu. Maknanya dah 3 kali la aku beraya di rumah sendiri. Sebelum ni beraya kat rumah sewa je.

Ok, berbalik pada main point cerita aku ni. Tahun ni semua persediaan last minute punya. Kuih tunjuk pun 2 malam sebelum raya baru beli. Cik Besah punya kuih raya pun tak banyak dia buat tahun ni so takleh nak pow dia punya sikit. Dah laki aku dapat bonus kan, harus la perabih mana yang ada  ye dak??? ..wakakakaka...
 -ni la kuih tunjuk aku... kalau sape nak rasa meh singgah rumah-

Dah beli kuih tunjuk, laki aku lak meroyan beli air botol. Konon senang nak jamu orang datang beraya.... [ke nak jamu tekak dia???]
  -ni sebahagian je... yang selebihnya ade yang dah sumbat peti ais..-

Pastu sepanjang 6 tahun ni tak pernah lagi aku beli balang kuih raya. Selalunya aku isi dalam bekas yang multi compartment tu je. Senang. Kalau jatuh pun tak pecah sebab plastik kan. Lagipun murah je.. Tak sampai saploh hinggit pun [yang memula aku beli la].Ni dia..

Pastu aku upgrade la sikit, beli yang lawo sikit dari yang sebelumnya.So beli la yang cap Avon punya..Raya tahun lepas aku guna la bekas ni.

Asalnya konon nak mintak ngan mak aku je balang2 kaca tu sebab mak aku ada banyak set. Tapi sebabkan tahun ni raya pertama kat rumah aku, cam tak syok la pulak kalau takde balang tu.[Nak mintak mak aku pun dah tak sempat kan..] Kuih tunjuk banyak la pulak so multicomparment tu cam tak cukup la pulak. So malam raya tu berdesup kami laki bini pi kedai. Pusing punya pusing baru ketemu yang berkenan dihati.. [ekceli tak berkenan sangat pun tapi dah itu je pattern yang ade, beli je la...]

-one set balang kaca dengan bakul besi tu RM36-

yey.. dah ade balang kuih.. ni si Adib tolong aku isi kuih tunjuk dalam balang tu pepagi raya..

Owh.. sesape yang duk berhampiran dengan rumah aku, meh la beraya rumah aku.. Jangan malu2...kuih aku banyak lagi..hehehehe [MR & Yong, aku buat persiapan korang datang nih!!! Jangan mintak ketupat rendang udah ler....]

3 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum.

Nak tanya bekas yang multi compartment yg transparent tu beli kat mana?

Nak cari multi compartment camtu lah.

SYANI said...

Waalaikumussalam..
Kompartment tu saya beli kat kedai plastik je... Time2 nak raya memang banyak jual.

Unknown said...

ooo.. Kat kedai plastic ada jual ke? sbb cari bekas kuih raya compartment transparent tu x jumpa.. Nnt nk try cari lagi.