Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 19, 2010

Pengalaman Ke Klinik Gigi

Semalam aku cuti sebab nak bawa Yaya gi Klinik Gigi. Ni bukan le first time Yaya gi jumpa dentist sebab sebelum ni pernah gi dentist kat Batang Kali tapi agaknya experience yang very unpleasent untuk dia. Ye la pengalaman lalu menyebabkan si Yaya takut nak jumpa dentist sebab sakit masa nak cucuk bius tu.

Pujuk punya pujuk [sebab dah beberapa hari tak berapa lalu nak makan] akhirnya dia setuju gi dentist dengan syarat Mama teman. So tu yang terpaksa aku apply cuti. Hasben aku bawak gi Klinik Manjeet kat Selayang sebab dulu pun memang dia satu family gi buat rawatan gigi kat situ.

Ni la Klinik Manjeet... Klinik dia bawah tanah ko...Dahsyat...

Ni bahagian dalam klinik.Tu pintu bilik dokter la tu..

Masa sampai ok, masa register ok, masa masuk bilik dokter ok, masa duduk kat kerusi cek gigi tu pun ok, bila doktor suh bukak mulut pastu guna cermin kecik tu masuk ke dalam mulut dia...melalak tak hengat... apa la Yaya ni... nampak macho tapi hancur!!!!

Doktor Manjeet tu alahai comel je.. Lawo lagi! Very nice & soft spoken. Dia kata gusi Yaya bengkak & dah nanah sikit. Tu sebab dia sakit gigi. Budak2 bawah 6 tahun & belum tumbuh gigi kekal tak leh cabut gigi so dia bagi ubat makan untuk tahan sakit je la.. Kena la abah Yaya RM30.. Hehehe..

Balik dari Selayang, singgah kedai Siam sebab nak buat treatment rambut... [rebonding la katakan...] Dah kebetulannya cuti so better la singgah... Yaya aku tak bagi ikut sebab nanti dia sibuk merengek nak balik. Tak senang orang nak melepap kat kedai rambut. Masa kakak tu iron rambut punya la mengantuk aku.. tersengguk2. Nasib baik la kakak tu baik... "Tidur la dik kalau ngantuk ... nanti siap akak kejut la..".. Cantek gak tu... Mana idaknya mengantuk, malam sebelum tu melayan fb sampai kul 3 pagi...

Abis treatment, aku decide nak jalan kaki je balik rumah. Tak call hasben aku pun suh ambik. Hari pun agak2 mendung so tak le terbakar sangat kulit aku nih.. Jalan le slow2.. Konon nak membakar kalori le memandangkan aku ni tengah mood berdiet kan... Dah le pakai wedges...separuh jalan mula la sakit kaki.. Jalan je la pelan2. Wah 20 minit jugak baru sampai rumah !!!!.. Balik rumah dek terus salin baju & tidur [gara2 keletihan & kemengantukan yang berlanjutan]

Nak kurus punya pasal... sanggup jalan kaki tuh!!!

Akhirnya.. sampai jugak rumah aku.. Tu dia yang penuh kain bersidai kat tepi pagar...

3 comments:

Nor Azlin Abd Rashid said...

tinggal d batang kali ye.kat mana meranti ke?sy tamu hill..leh la calling2..huhuhu

Nor Azlin Abd Rashid said...

tinggal d batang kali ye.kat mana meranti ke?sy tamu hill..leh la calling2..huhuhu

Nor Azlin Abd Rashid said...

tinggal d batang kali ye.kat mana meranti ke?sy tamu hill..leh la calling2..huhuhu