Semalam 14/3/2010 adalah ulang tahun perkahwinan aku yang ke-6. Peh.. tak caya je aku dah 6 tahun bergelar bibik bini orang. Dalam 6 tahun itu jugalah 'terkeluar' hero & heroin aku tu.. Hehehe
[Eh..eh.. wedding date aku sama ngan Umi Aida la weh...]
Rasa macam baru je kawin (perasan!!!!). Dulu & sekarang memang banyak beza. Dulu solid sekarang molid (montok + solid).. Tengok baju kawin pun takat tengok je la.. (Mana idaknya, la ni nak kancing pun dah tak boleh... punya kecik mengalahkan korset aku..) By the way, kalau dah namanya anniversary kan, tak sah le kalau tak tepek gambo kepam masa kawin dulu2 kan... Ni la yang sempat aku scan... [Semalam sempat la layan album gambo2 kawin]
Sebelum tu, untuk suamiku yang terchenta...
"HAPPY ANNIVERSARY, DEAR"
-mesej gambo ni, walaupun ko sebusuk 'skunk' ni, hanya kau yang aku cintai
& cintailah aku walaupun aku lebih busuk dari skunk....heheheh-
-GAMBO ALBUM KAWIN AKU-
-Belah Perempuan [Baju Kuning]
Gambar ni ade aku gantung dalam bedroom aku. Pastu berlaku conversation ni:
Yaya : " Kenapa abah peluk mama & mama peluk abah??"
Mama : " Sebab abah sayang mama & mama sayang abah".
Yaya : "Camtu Yaya pun nak peluk mama sebab Ya sayang mama."
[Alololo..terharu aku dengar anak aku cakap cenggitu... ade positifnya jugak gantung gambar peluk2 dalam bilik ni.. hehehe]
-Belah Lelaki [Baju Hijau]
-Sebelum naik pelamin ni.. budak bunga manggar tu anak buah hasben aku & sepupu hasben aku-
[Tengok muka laki aku tu, berkerut menahan panas sebab pengapit bukan payungkan pengantin tapi payungkan diri sendiri.. cit!]
-awat muka laki aku masam je???-
-makan beradap... bersama my parents-
-Sesi bergambar dengan Cik Zul & Cik Besah. Budak gemuk tu anak buah hasben aku. La ni dah darjah 6 dah pun [dah main besar pun badannya]-
-Gambo posing lagi dengan pakcik hasben aku. Yang tudung oren tu biras aku tu.. [mak budak gemuk tu]-
3 comments:
sesuka hati je kau panggil budak tu gemuk,kan?
by the way...aku tak tahan gelak tgk gambar skunk tu....mcm kisah benar je! (sila rujuk entry buat dapur siri 1 )
Lawalah pengantin perempuan tu..Happy Anniversary! Semoga jodoh berkekalan 4eva!
TK,
Terima kasih...
Post a Comment