Sunday, March 28, 2010

Anak-anak yang buas...

Anak2 aku baru 2 orang tapi tahap buas budak2 ni macam 10 orang. Hari tu depa dah jahanamkan pintu bilik air [tak repair2 lagi sampai sekarang]. Semalam aku bagi biras aku marker pen. Kebetulan si Adib nampak lak marker pen tu. Meraung la dia nakkan benda alah tu. Nak tak nak terpaksa la aku bagi dia marker pen yang dah agak rosak (mata pen tu dah tenggelam). Nak dijadikan cerita lepas insiden meraung2 tu [masa tu aku tengah tengok tv] aku boleh terlelap la pulak.

Aku terjaga pun sebab si Yaya nak MILO. Masa bangun tu tak tersedar lagi. [Adib  lak dah tetidur atas kapet kat sebelah aku]. Pastu Yaya cakap "ni Mama, Adib buat". Aku pun tengok kapet aku.. Ya-Rabbi dah ade hasil karyaneka marker pen kat situ.. Jahanam kapet aku. Tak cukup dengan kapet, habis tangan, kaki, kuku & muka dia conteng [sib baik dia tak conteng muka aku masa aku tertidur tu!].Luckily aku bagi dia whiteboard marker pen, kalau bagi yang permanent punya sure lagi haru...

Budak buas ni.....Kalau tido kesian je aku tengok..

Lepas dia bangun tido jenjalan ke rumah opah [ nak tengok  awning baru kononnya...]
Ni kat tepi rumah cik Besah.. Bersusun kereta kan??? Macam kedai used car je... [kalau ikutkan ade 6 bijik tapi sebijik dah simpan kat rumah abang ipar aku & sebijik lagi abg ipar aku guna pegi ke Janda Baik]


Sempat lagi buat PEACE tu..

Depan umah opah pun si Yaya nak membuas... Kat tutup longkang tu pun dia nak kebek!

2 orang budak nakal.. Yaya & Adib [dengan kucing Cik Besah yang bernama BOBO]

No matter what happens Mama tetap sayang korang berdua!!! Muah!!

3 comments:

makcikrehan said...

kurus2 anak hang syani. nak-nak si yaya tu... kena ambik aura si mencah sikit ni...hahahha

AISYAH HANI said...

Tu la pasal.. makan le banyak mana pun memang tak mo gemuk.. La ni dia tengah sakit gigi, makin kurus la sebab kurang makan.

mama_umar said...

budak2kan mmg la adventurous,heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...