Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 5, 2010

Aku Tunaikan Kewajipanku...

Dah lama aku tertangguh-tangguh nak menyempurnakan rukun Islam yang ke-4 ni. Dalam kehidupan sehari2 menyebabkan kita kengkadang lalai dengan tuntutan agama. 

Di permulaan hari bulan Mac lepas aku dengan semangat ala2 satria baja hitam menapak le beberapa tapak ke Pusat Pungutan Zakat Wangsa Maju (alah sekangkang kera je dengan opis aku ni).  Nak buat apa???  Dah namanya pegi pusat zakat, tentulah nak gi bayar zakat ye dak??



Beberapa bulan lepas aku ade tengok Al-Kuliyyah yang cerita tentang zakat ni. Bersungguh2 aku dengar. Lepas tu  baru terlintas kat otak aku ni yang aku ni sepatutnya bayar zakat ke tak?? Ade la musyawwarah dengan bebudak opis - ada yang kata kita yang tak kena income tax tak yah bayar zakat, ade yang kata keje gaji sikit kena bayar zakat juga ke??? Haish... tak puas hati aku ni... setahu aku setiap pendapatan yang diterima kena dizakatkan jika ianya bersamaan atau melebihi nisab. [Boleh rujuk kat SINI]

So untuk uraikan kemusykilan aku, aku pegi PPZ & segalanya terjawab... Memang aku wajib bayar zakat pendapatan. [Selama ni tahu bayar zakat fitrah je..].. Kira2 dengan gaji aku yang sejemput ni takde la mahal mana pun nak kena bayar. So aku buat pembayaran bulanan [nak bayo lump sump jenuh la jugak..]. Finally aku dah tunaikan kewajipanku membayar zakat pendapatan untuk diri aku & suami. [Kalau korang nak senang bawak je borang EA/EC tahun lepas kat kaunter tu..immediately dia akan kirakan untuk kita].

Tu baru zakat pendapatan.... ade lagi zakat2 lain kena bayar jugak. Ni aku bagi list :

JENIS HARTA YANG KENA ZAKAT


1. Pendapatan [aku dah bayo start bulan ni]

2. Wang simpanan [tak tahu la dah sampai nisab ke tak]

3. Saham

4. Emas

5. Perak

6. KWSP/LTAT [Hari tu dah kuarkan duit EPF untuk beli rumah pun rupanya kena zakat. Nanti2 ade duit aku bayo la]

7. Perniagaan [sesapa buat online bisnes pun kira dalam golongan ni jugak ye...]


So sesape yang macam aku ni [yang tak pernah bayo zakat pendapatan .. aku serius mengaku tau!..] adalah baiknya kalau korang pegi check sama ada korang wajib kena zakat ke tak. Bukannya tinggi pun kadarnya.. 2.5% je... 


Bukan ke mana pun duit tu.. demi agama kita juga.. [ade jugak orang yang tak nak bayar zakat sebab takut PPZ tak guna duit tu ke arah yang sepatutnya...sape yek???] Usah la kita pertikaikan suruhan Tuhan. Adalah lebih baik kita laksanakan kewajipan kita daripada mempersoalkan ke mana wang zakat  kita disalurkan...Sesungguhnya Berzakat Itu Menyucikan Harta Dan Jiwa... Insya-Allah..


*Lupa lak nak kabor, ustaz PPZ tu kata zakat pendapatan lebih afdal dibayar di mana pendapatan itu diperolehi... [maksudnya, kalau kome kerje kat KL bayar la kat PPZ Wilayah, tapi kalau kerja kat Selangor, gi la bayar kat Lembaga Zakat Selangor]

Sekian tazkirah saya di petang Jumaat yang mulia ini...

3 comments:

nahmy said...

salam...alhamdulilah tertunailah rukun islam keempat. semoga bertambah-tambah rezeki lepas ni.

Encik H said...

herm...bnyk gak zakat2nye erk...nnti dah keja baru tnya hang balik...he3..

AISYAH HANI said...

nahmy,
insya-allah..

encik H,
no problem...