Monday, March 1, 2010

Hujung Minggu Dalam Debu

Hujung minggu baru ni aku repair bilik air kat rumah aku ni. [dah orang yang patut merepair dapur aku tak muncul2 maka aku panggil sorang indon ni untuk betulkan sinki kat bilik air aku].Tukar plan le kenkononnya. Pukul 8 pagi mamat indon tu dah terpacak kat rumah aku. Sib baik aku dah mandi kalau tak nampak gayanya kena la aku  menumpang mandi kat rumah cik besah. [Laki aku lagi best, sampai ke petang tak mandi sebab menunggu mamat tu repair bilik ayor... ikut perangai cik Besah le tu..heheheh]

Benda nak repair tu sikit je - tukar kepala paip & lekatkan sinki yang tercabut. Tapi dia punya kerja memang remeh la.. Mana idaknya kepala pair tu terbenam dalam tiles so nak tak nak kena la pecahkan tiles (2 keping lak tu) untuk gantikan kepala paip tu. Sib baik la ade lagi balance tiles bilik air tu masa renovate rumah hari tu.

Sepanjang proses tu habis berdebu satu dapur rumah aku. Bilik air pulak usah cerita la kan. So habis je mamat tu buat kerja, en suami la yang tolong mopkan lantai dapur, pastu siap cuci bilik air lagi... [bilik air tu dah berminggu seminggu tak cuci]. Aku bawak anak2 lepak bawah pokok Pak Ali so senang la laki aku buat keje. Balik jer lantai dah bersih... Tu yang buat i lebiu kat abang! Thank you sayang sebab memahami bini mu ini yang memang tak soka keje mop2 lantai & cuci2 services nih!!!

nampak tak debu2 penuh lantai dapur aku.. sorry la buat yang tak nampak tu sebab kamera aku low class sikit...

tu mamat tu tengah buat keje dalam bilik air. What a mess!!!! Jenuh nak mencuci lepas tu weh!
(aku tak le berani nak tangkap gambo mamat tu kang dia kata apa lak jakun nar pompuan ni.. orang repair jamban pun mau tangkap gambo ke?? (-_-)")

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...