Wednesday, March 3, 2010

Dah Tak Bersepah

Petang tadi lepas balik keje terus gi beli barang dapur. Pastu singgah kedai pendek (kedai perabot yang tokeynya pendek - kedai faveret Cik Besah tau!) sebab nak cari rak kasut. Dah lama dah nak gi cari rak kasut nak letak kat luar rumah. Rak kasut dah ade dalam rumah tapi yang jenis kayu. Kalau letak luar rumah berhujan berpanas nanti reput la pulak nanti.

Singgah kedai pendek, tanya rak kasut besi, tawar2 sikit dapat la dalam RM30. Ni la rak kasut baru aku... Peh ni takde la bersepah kasut2 kat tepi pintu tu..


Adib pun tolong susun menyusun kasut2 kat rak situ. Kasut mama & abah tak le banyak tapi kasut anak2 yang berpasang2. Tengok row yang atas sekali tu sampai kena buat 2 row kasut2 depe tu. Yang row bawah sekali tu je kasut mamanya...

lepas susun kasut ni la kerja makudip... rempit dengan basikalnya.... sempat lagi buat peace tu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...