Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 6, 2012

PENGALAMAN BERSALIN C-ZER - ALEEYA (PT 1)

Memula tu tak rasa nak share pengalaman sendiri melahirkan anak
Tapi bila fikir2 balik, kenangan ni adalah antara yang berharga dalam hidup aku
Setakat boleh ingat ni, baik la aku share
Nanti dah lupa bila tua2 nanti, boleh la baca balik [konon...]

Ni nak habaq kat hangpa, aku dah mengalami dua2 pengalaman bersalin
Sama ada c-zer mahupun normal
Dua2 ada pro & cons, dua2 dah merasa, satu kuar kot tingkap, satu kuar kot pintu

Dimulai dengan anak sulung -- Aleeya Balqis Binti Ahmad Zaimi
Walaupun dah 7 tahun berlalu tapi setakat ni masih terbayang2 saat aku nak lahirkan dia
Aku admitted wad 2 kali sebelum delivery Yaya
Masa first sebab masa aku pi checkup minggu terakhir tu [minggu 40] kat KK Jelapang
Cek punya cek katanya baby aku jantung lemah so dia suh aku refer hospital
Maka aku pi la hospital Ipoh untuk further cek-up
Benda yang kena buat memula of kos la buat CTG sebab nak monitor heartbeat baby
Sebab doctor tak puas hati, makanya terpaksa la aku admitted
Dah le hasben takde [dia keje kat KL], so nak tak nak mak aku la tukang uruskan semuanya
Petang tu baru hasben aku sampai lepas dia tahu aku admitted

-ini le wad bersalin hospital ipoh-

Esoknya subuh2 lagi dah kena bangun untuk buat CTG
Dah le mengantuk giler..
Dah lepas mandi semua, doctor panggil masuk satu bilik tu
Katanya nak buat VE.. wallawei.. aku dengar huruf V tu aku dah imejin sure kena seluk ni
Dah le doktor benggali.. laki lak tu... dan ini pengalaman pertama aku kena seluk
Takut wei....segan pun ada nak terkangkang depan doktor tu
Tapi control macho je la... pasrah... nak tak nak kena juga buat VE tu kan
Lepas kena seluk , berdarah2 la ehem2 tu kan.. pedih2 pun rasa gak kat situ
Macam baru lepas pecah dara laks...huhuhu..
Lepas cek doktor kata baru bukak 1cm [walhal aku tak sakit apa2 pun selain sakit kena seluk tu je]
Tengahari tu doktor kasi balik, tapi dia kasi tempoh another 7 days untuk datang balik hospital untuk induce kalau tak beranak2 lagi dalam masa terdekat.

Sebabkan tak bersalin lagi, hasben aku pun balik dulu ke KL
Aku pun rilek2 je cam biasa kat rumah
Sepatutnya aku kena masuk ward hari Sabtu, tapi pagi Khamis tu aku rasa cam aku terkencing atas tilam
Buka2 lampu tilam aku dah basah & ada darah sikit
Sah le air ketuban aku dah pecah
Cepat2 aku gi mandi, solat Subuh, tukar cadar, then breakfast
Nasib la adik aku si Angah tu ada kat rumah, so aku mintak tolong dia hantar aku ke hospital
On the way tu siap2 call hasben cakap dah turun tanda & mintak dia balik Ipoh

Masa kat hospital, aku kena masuk bilik pemeriksaan
Buat CTG bagai & then kena seluk lagi
Masa tu doctor tu cakap dah bukan 2 cm & dia siap korek2 lagi katanya nak tolong bukakkan jalan
Nasib la doktor pompuan.. tapi sakit la jugak.. tapi pastu dah buka 3cm
Tapi contraction aku belum rasa lagi so pastu doktor suh aku masuk wad dulu 
Tak perlu masuk labour room lagi.
Masa kat wad aku duduk bilik yang 4 orang tu
Disebabkan air ketuban aku dah pecah maka sentiasa la pakai pad
Malam tu kat wad, makin banyak pulak air yang keluar sampai aku kena mintak nurse bagi baju & kain lain
Itu pun nak mintak kena jalan kat kaunter luar tu..
Nurse tanya kenapa nak baju lain, aku cakap la sebab baju aku dah lenjun kena air ketuban
Pastu dia suruh pakai pad, aku cakap pad pun dah tak boleh tampung dah
Pastu boleh pulak nurse membebel kata jangan banyak berjalan sebab nanti lagi cepat air ketuban kering

Panjangnya... sambung part2 pulak..




5 comments:

munna said...

munna setakat 2 ni bersalin normal dan takde masalah....

Anonymous said...

wah KA x pernah ada pengalaman ini !

Mia Kassim said...

paling tak suka bab2 kena 'seluk' tu....lebih2 lagi kalau doktor lelaki....

Lynn Huraiza said...

lynn pecah air ketuban waktu anak pertama...tu pun dalam labour room...

Unknown said...

alaaa... tengah syok2 baca.. bersambung plak.. cepat lah sambung..kekekeke