Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 14, 2012

WEDDING ATEH (PART 1)

Musim cuti sekolah kan dah start, makanya penuh la kalender dengan undangan2 ke majlis perkahwinan
Nak2 pulak tarikh cun sangat la pada 10/11/12 tu
Adik aku pun tak terkecuali nak rebut tarikh tu juga.

Sehari sebelum kenduri, kami adik beradik dah apply cuti nak balik Ipoh
Sebabnya nak tolong2 apa2 preparation yang tak siap lagi
Family aku sampai Ipoh dalam pukul 11 pagi. Kebetulan time sampai tu sama timing dengan family Angah.
Cuma Acik je yang tak cuti hari tu tapi petang tu terus sampai dari Penang.

Masa aku sampai rumah tu orang dah datang untuk pasang pelamin
Dah le masa tu mak aku keje.. yang tinggal kat rumah masa tu cuma tok & wan aku je
Ateh [pengantin] lak pi lukis inai kat mana tah dengan kawan dia
Masa masuk rumah tu memang tengah sepah2 la kat ruang tamu tu
[pelamin dipasang kat ruang tamu]

Sebelum solat Jumaat, pelamin pun dah siap pasang
Tema kali ni warna UNGU pulak
Lepas selesai pelamin pasang, tukang rasmi tak lain tak bukan anak2 & anak2 buah aku le
Tukang rasmi pelamin

Pelamin yang dah siap dipasang... 

Lepas lunch kami pakat2 la siapkan doorgift
Dalam beg tu cuma bagi air kotak, bahulu, apam polkadot & note book yang comel
 Antara sebahagian doorgift yang dah siap dipacking

apam polkadot yang siap sedia nak dimasukkan dalam goodie bag

Lepas siap doorgift, aku & adik aku siapkan bilik pengantin pulak
Lepas siap lupa la pulak nak tangkap gambar bilik tu
Next, siapkan hiasan kat tangga pulak
Selalunya kami lilit bunga kecik2 je kat tangga tapi kali ni guna kain pulak
Mak aku la punya idea sebab dia ada kain kaler ungu yang konon2 nak buat baju melayu
Tapi sebab tak jahit lagi, kiranya guna la dulu untuk lilit kat tangga
Yang reben2 kat tangga tu hasil kreativiti adik ipar aku [wife Angah]

Tak lama pastu jiran2 ada gak datang tolong2 buat bunga telur
Telur pun baru dimasak petang tu
Lepas jiran2 balik, kami adik beradik lak tolong sambung buat bunga telur tu

Malam tu pulak sesi memakaikan inai untuk pengantin pulak
Inai pun mak aku blender je... senang citer.. tak kuasa la nak tumbuk2
Kalau tumbuk tah pukul berapa la pulak nak siapnya kan
Inai di jari pengantin

Dah alang2 memakaikan inai, anak2 aku pun sebok juga la nak berinai
Yaya & Adib pun sampai dua2 belah tangan pakai inai ko...
Mengalahkan pengantin pulak...
[Kakak pengantin pun sama jugak seboknya...hehehehe]
Ni jari mak buyong.. pakai kat kuku je
Tapi comot ya amat..gasak la.. janji ada inai..hehehehe

Sementara tunggu inai kering, layan la tengok tv dulu . Sambil2 tu anak2 dok lenjan la pelamin
Anak buah aku- Haikal ralit dok main lampu spotlight kat belakang pelamin tu

Yang anak dara ni pulak boleh guling2 kat karpet bulu2 kat pelamin tu... ish..ish..

Sementara tu, hari pun baru lepas hujan, kat luar orang yang pasang khemah pun dah datang
Abah aku la yang settle hal ehwal khemah tu
Banyak jugak khemahnya.. ada 7 kalau tak silap
Tah pukul berapa deme siap pasang tah le

Dalam rumah pulak, mak aku & sorang jiran pulak dok gigih hiris daun pandan
Nak buat bunga rampai la pulak..
Pastu nak siapkan tepak sirih pulak
Penat oooo keje tak siap2.... malam tu masing2 pakat tidur lewat
Tapi bila dapat letak badan kat lantai fuh... sedapnya..

Esoknya nak kena bangun awal lak sebab adik aku nikah pukul 9 pagi
Rehat jap.. nanti sambung ek..

2 comments:

Kesuma Angsana said...

wah2 purple gitu cantik!

munna said...

cantik pelamin dia.....