Thursday, November 8, 2012

KONVOKESYEN ADIB

Tahun lepas konvokesyen si Aleeya
Tahun ni sambut konvokesyen si Adib pulak
Masih lagi di sekolah yang sama... dan di dewan yang sama
Cara organize pun masih lagi sama... 
masih tah apa2 macam yang sebelumnya

Malam tadi dah selamat dah konvokesyen si Adib
PASTI ni suka sangat buat konvo malam hari bekerja tau
Dah le aku sampai rumah pun dah lewat, pastu terkejar2 nak pi konvo pulak
Mengah mak buyong dibuatnya!
Dah le laki aku keje.. so kami pegi 3 beranak je --> Aku, Yaya & Adib

Kalau ikutkan malas je nak pegi
Lagipun Adib bukannya dapat apa2 hadiah pun
Tapi sebab kesian kat dia sebab dia ada buat persembahan
Turutkan je la... 
Buku tentatif program...


Budak yang siap sedia untuk dikonvokan...ekekekeke

Backdrop kat dewan...
Tengok la budak2 tu.. selamba je main atas pentas

Sementara Adib pi bersiap sedia luar dewan, mama & yaya camwhore la dulu yer... 

Majlisnya punya la lambat nak start
Aku lak dah le lapo sebab tak sempat nak makan 
Nasib la ada diberi makanan kat dewan tu... nasi goreng je la pun
Aku baham dalam dewan tu jugak... sian baby dalam perut
Dah menggedik2 dia kelaparan sampai senak perut aku...

Dalam 8.40 baru la majlis start. 
Biasa la ucapan2 dulu, perasmian, pastu pulak persembahan murid2
Aku pulak dapat seat yang agak belakang so takde la nak snap gambar dekat2
Malas aku nak turun naik tangga tu...

 Ni la persembahan budak2  5 tahun
Nasyid lagu sekolah, pastu lagu mana kucing
Adib duk barisan belakang... Tak nampak jelas la mukanya

Persembahan banyak la jugak.. habis2 pun dah pukul 10 lebih
Aku dah mengantuk giler... esok nak keje lak tu
Budak2 yang dalam dewan tu pun dah ramai dah mengaruk
Yang menangis, yang menjerit
Fuh...bising!!!

Bila turn Adib nak ambil sijil, aku & Yaya siap2 tunggu kat tepi pentas
Lepas je si Adib ambil sijil dia, aku nak cau cin cau dah
Malas dah nak tunggu lama2

Adib baru lepas ambil cenderamata..hehehe..
Jadi le daripada takde kan....

Tunggu konvokesyen tahun depan pulak...

6 comments:

Qhaifa Nur said...

minggu akhir sklh...konvo sana sini
tahniah Adib..moga terus cemerlang lagi

Rasp said...

dah akhir tahun...
majlis konvo lah plak kan...
syiok tul budak2 zaman skarang...
tak yah tunggu masuk u...
kecil2 dah berkonvo bagai ;)

Lynn Hamzah said...

dah selesai majlis konvo adib ek...qistina plak sabtu nie...pun buat malam...tp qistina x dpt sijil sebab baru 5 tahun...next year baru dapat...tahun nie just buat performance jer...

Nory Zoulkefle said...

assalamualaikumm..salam kenal..=)

Cho Zila said...

memang tak best buat malam.. dah ler malam keje... isyh tapi kalau tak kesian kat anak2 memang tak gi ler kan... komenler..
akak tak sabar nak tunggu ihtifal anak2 lak..

mama_umar_maryam said...

kitorg pon 1st time g graduasi anak..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...