Sunday, January 17, 2010

Tuju Sawan

Aku dah lama perasan kat tengkuk Adib ada benjolan. Aku ingatkan benda tu takde apa la & akan hilang bila dia semakin membesar. Tapi baru2 ni aku terpegang tengkuk dia & rasakan benjolan tu makin membesar. Masa tu kebetukan kat rumah Cik Besah. Pastu aku tanya Cik Zul (my FIL) ape benda kat tengkuk si Adib tu.

Cik Zul pun rasa la tengkuk dia & kata itu macam"ibu sawan'.. (Sawan pun ade ibu ke???). Baru aku tahu... aku ingatkan si Adib ni bengkak kelenjar ke apa. Tapi dia tak pernah la pulak mengadu leher dia sakit. Bila aku tekan2 benjol tu pun dia tak kata apa2 pun. Kalau kalenjar yang bengkak mesti dia dah kata sakit masa aku tekan tu.



So kebetulan hari ni hasben cuti so bawa la si Adib ke rumah "Pak Lang". Ekceli dia ni my hasben punya uncle & dia ni agak pandai la bab ubat  berubat tradisional ni. Cik Zul yang advise aku gi umah Pak Lang tu  & suh Pak Lang tuju sawan tu.. Sib baik dia kata tuju sawan kalau dia kata lastik sawan??? Hehehe.

Afternoon tadi singgah le ke Selayang (umah Pak Lang tu). Memula Adib menangis gak (sebab takutkan Pak Lang) tapi Pak Lang tak buat apa pun kat Adib. Just baca2 sikit (jampi pakai ayat Quran tau), urut dekat benjol tu & bagi air penawar je... Bila dah lama sikit baru la si Adib ok.. (Memang camtu kalau jarang jumpa seseorang.. bila dah lama baru la mesra dengan orang)



After singgah umah Pak Lang, hasben aku ajak singgah McD.. Sebabnya dah berjanji dengan Yaya nak gi La Tenet  (maksudnya I'm loving it).. Kitaorang makan kat Sri Gombak je. Memula singgah McD kat MRR2 tapi kat situ tak de playland pastu patah balik ke Sri Gombak. Kitaorang sampai jam masih belum pukul 3 so masih in time untuk offer price RM5.95. Save bajet sikit...


Happy faces of Aleeya  & Adib... Suka la bila dapat makan La Tenet.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...