Thursday, January 14, 2010

Gitar

Semenjak tengok AJL tempoh hari si Adib beria2 suh abah dia belikan gitar. Puncanya bila dia tengok kumpulan BUNKFACE buat persembahan ada pakai gitar. Nak2 lagu feveret dia "situasi" tu mesti berangan cam orang tu main gitar.

Tadi lepas balik keje  kitaorang singgah le Pasaraya Kim Wah. Hari tu masa cari tudung sekolah Yaya kat kedai tu ternampak le gitar mainan ni. Tu yang petang tadi singgah beli. Tak de mahal sangat..RM13.90 je.. tapi ok la..


Bila dapat kat Adib bukan main suka la dia... Gitar tak renggang dari badan (macam la pandai goreng gitar tu)... Sape je yang nak ambik gitar dia sure kena marah...


Ni gaya pemain gitar profesional... Mata tu asyik menjeling cermin sliding door (nak tengok rupa dia dalam cermin la tu.. kot2 cam gaya BUNKFACE)


Dalam marah2 tu bila si Yaya nak main kejap dia bagi pulak.. Dah boring la tu kot...


Pasni berebut pulak la gitar ni... Oh lupe lak di saat entry ni aku tulis....tali gitar tu dah tertanggal la pulak... tak sampai 24 jam.. Agak2nya berapa lama la umur gitar tu ek???? Ganeh betul anak aku ni... Ikut perangai sape pun tak tau la... Mama ke abah????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...