Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 9, 2010

Bolognese vs Carbonara

Hari ni takde idea nak masak apa. Lagi pun hasben aku keje hari ni so tukang beli barang2 masakan takde. Aku pulak malas nak keluarkan kereta ke kedai. Leceh la.. Last2 belek 2 apa yang ada dalam kabinet. Ade la fetuccine (tah betul ke tak ejanya) & sos spaghetti cap Kimball & Carbonara sos cap Campbell.


 -cam biasa la gambo ni ehsan pakcik google-

Selalu dah buat bolognese kali ni nak try buat carbonara la. Kenkonon nak jadi cam gambo atas tu la...
Tapi aku beli sos tin kecik je sebab takut takde yang nak makan. Maklum la orang dalam rumah aku ni semuanya tekak melayu. Aku jer yang terwestern sikit.. Hehehe




Memang breakfast tak makan apa pun. So aku start masak kul 9.00. Dalam 9.30 tu dah siap ko... Memula masak carbonara sauce tu pastu aku try bagi anak2 aku makan. Yaya makan terus luah balik. Dia cakap tak sedap. Pada aku ok jer, maybe sebab dia tak pernah makan & rasanya pelik pada dia kot.

Memandangkan fettucine tu punya la belambak (aku masak satu peket), pastu aku tanya Yaya kalau mama masak yang sos tomato tu nak makan ke? Dia kata nak, so aku pun terpaksa la masak satu kuah lagi. Kali ni guna la spaghetti sauce cap Kimball tu. Lepas masak.. Yaya makan habis satu pinggan. Lapar la tu.

Aku pulak, tadi dah bedal carbonara sepinggan, lepas siap sos tu bedal sepinggan lagi.. Betul2 kebulur la tu.. Ha..ha..ha...Ala, kalau makan pasta ni bukannya kenyang sangat macam makan nasi. Selang sejam dua kang dah lapo balik...

Bila pikirkan sos carbonara tu tak berapa nak laku.. aku try campur dua2 sos carbonara & bolognese tu masa gaul dengan fettucine. Wah..wah..sedap ngkau!!!! Wa cakap lu... Sedap sedap rasa masam2 & creamy mushroom tu.  Sape yang tak pernah try tu baik korang try campur.. Best!! 

Well Ana, ni aku tepek gambo pasta aku... kot2 la ko terliur tengok..hahahah!!! Next time aku buat untuk ko lak ye....

-sorry ha gambo kureng kualiti.. guna camera henpon jer....-

No comments: