Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 4, 2010

First Day Sekolah

Hari ni Aleeya start kindy session. Alhamdulillah Aleeya mahu pegi sekolah. Dengan syarat mama teman dia dalam kelas. Aku pun yelah kan aje la. Hasben & aku memang dah apply cuti hari ni. Aleeya masih belum dapat baju uniform (sebab stok untuk size dia dah habis) so dia pakai baju kurung biasa je. Nasib baik tudung dia pun dah beli dulu & still muat lagi. So Aleeya serba pink hari ni dari tudung sampai ke kaki. (Beg sekolah je pakai yang lama -kaler kuning).

Sesampai kat sana Aleeya takde problem nak masuk ke perkarangan sekolah. Bila dah daftar & berkumpul, aku still duduk nearby dia. Pastu cikgu pun arahkan semua parents untuk keluar dari pagar sekolah. Masa tu dah bergenang dah air mata dia. Siap tak nak lepaskan tangan aku. Sayu pulak hati aku nak meninggalkan Yaya. Takpe demi kejayaan anakku, mama kena tabahkan hati..


-cikgu tengah briefing budak2 ..taknampak Yaya sebab dia kecik sangat -

Waktu yang sama Syahir punya sekolah pun dah start dah. Bila Aleeya dah masuk kelas, aku ngan hasben pun mengintai kejap Syahir disekolahnya. Kindy si Yaya & Syahir satu baris je...cuma selang 4 biji rumah. Syahir pun so far ok..takde nangis2...


-ni sekolah Syahir..pompuan yang pakai t-shirt putih tu la biras aku...-

Bila dah pukul 9 lebih, mak pak pun ramai dah balik dari menunggu anak, aku, hasben, k.ti & cik besah pi breakfast kat kedai Cik Bi. (Kalau korang lalu Batang Kali sure lalu kedai dia kat tepi jalan - Kedah Kak Bie.. sedap tau makan2nya.) Lepas breakfast aku & k.ti plan nak daftar  Yaya & Syahir ke sekolah rendah tahun 2012 nanti. Lepas gi ambik borang daftar sekolah patah balik ke tadika. Pakat tunggu la kitaorang sampai bebudak habis sekolah.

Bila dah habis sekolah aku tanya Yaya macam mana sekolah. Dia kata best & esok  nak pegi lagi.. (dah ade kawan la tu.. kalau tak best sure dia tak nak pegi punya). Dalam hati aku-Alhamdulillah sangat. Pastu tanya la dia nak tindik subang ke tidak. Dia cakap nak (sebab dah janji dari semalam). Pegi kedai emas & terus tindik telinga dia (pilih subang kaler pink lagik).


-Yaya pose dengan subang barunya-

So far, pengalaman hari ni Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...Aleeya & Syahir pun takde problem. Adib pun macam paham so tak banyak peel masa nak hantar rumah babysitter. Mintak2 esok pun macam hari ni jugak.

No comments: