Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 1, 2010

Tangan dah sejuk

Dihari cuti ni aktiviti utama nak buat takde lain basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, gosok kain. Bila anak2 dah mandi, baju dah basuh seterusnya...sidai kain. Habis sidai kain (anak2 lak tengah mentelaah - sila rujuk n3 lepas), aku pun belek2 la tumbuhan2 yang ade dalam kawasan rumah aku..

Banyak pasu dah penuh ngan lalang, ade daun2 kering yang tak dibuang, ade pokok yang dah kecut (nampak sangat la pemalas tuan rumah tu ye).. Dalam banyak2 pokok tu aku ade semai la pokok bunga yang aku ambik dari rumah Kak Nurmah (An, Yong & Azwana- hangpa sure ingat aku mintak pokok bunga kat dia). Aku ingat dah mampuih dah pokok tu sebab memang aku tak jaga sangat. Kalau nak hidup, hidup la..kalau nak mampuih, mampuih la...



Jeng..jeng..jeng... dalam 4 batang yang aku cucuk dalam pasu mini aku tu, semuanya hidup... Dah bertunas dah pun. Walawei.. unsangkarable tul.. Ingatkan tangan aku ni 'panas' pasal semua yang aku tanam selama ni  tak menjadi. This time nampaknya menjadi lak... Gumbira hatiku... Adakah tangan aku dah 'sejuk'????


Lagi satu pokok yang menjadi ni ha.. pokok keembung. Aku saje campak2 je biji dia kat pagar rumah aku... Now dah berbunga bagai. 3 color lagi... Pasni aku pun boleh jadi mother nature la....

No comments: