Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 18, 2010

Tip Kecantikan Dalaman


 Artikel ni hanya untuk orang yang nak cantik sahaja. Sape tak nak cantik, sila baikan je le entry aku kali ni...


Walau sesibuk mana pun anda, sebagai wanita, jadikan tips  berikut ini sebagai amalan.
 

1. Minum banyak air...minum..minum dan minum!
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga  kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.



 

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani!
Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

 

3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan??

 

4. Tidur yg cukup...
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.



 

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap.
Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg  bersih



 

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


 

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!
Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.




 

8. Elakkan stress.
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

 

9. Don't worry, be happy.
Anggap diri anda hebat dan cantik,  pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!Kira perasan cantikla..Bila berjalan penuh anggun.

 

10.Ketawa penghibur duka!
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.



 

Selagi anda wanita, amalkan mulai sekarang, agar anda kelihatan anggun dan tampak muda di kala anda bersama dengan yang tersayang.







No comments: