Saturday, January 23, 2010

P*U*T*U*S

Gara2 nak mengejar bos aku sebab nak dapatkan signature dia, gelang yang aku pakai terputus...

Ekceli camni aku berkejar ke tingkat 4 (lepas bos masuk), sebab banyak cek tak sign. Bila dah turun ke floor aku, tangan aku tersangkut kat tombol pintu & dlm masa yang sama aku sentap pulak tangan aku tu (nak cepat le kononnya). Masa tu la gelang aku tu tercabut cangkuknya...

Masuk dalam bilik belek2 la gelang tu. Memang dah tak boleh dibuat apa la sebab cangkuk tu pun dah hilang ke mana  (cepat tul cleaner tu sapu sampah kat tempat kejadian). Sib baik la bukan gelang emas. Kalau emas dah lama aku meraung...


Ni la gelang tu..after ni boleh masuk dalam tong sampah la.. Dah arwah dah gelang ku yang dibeli di Cameron Highland dengan harga 10 hinggit tu...
[hilang satu gelang ade la "reason" nak beli gelang lain..hehehe]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...