Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 20, 2010

Pokok geti boleh buat ubat rambut???

Korang tau tak pokok geti? Setengah orang panggil pokok turi. Kat tepi pagar rumah aku memang aku tanam pokok ni. Kononnya nak hadang panas le... Lagi pun pokok ni memang senang  hidup & cepat besar.


-pokok geti luar pagar rumah aku-

Ada orang buat pucuk pokok ni sebagai ubat darah tinggi. Tapi sape yang blood pressure dia dah memang tinggi pun tak boleh makan jugak sebab nanti pening (mak mentua aku la cakap...)

Tapi ade jugak orang yang makan bunganya buat urap, pecal atau kerabu.. First time aku tengok orang Indon belakang umah mak mentua aku yang kutip bunga2 kat pokok geti tu & masak pecal cicah kuah kacang.  Tak reti la makan so rasanya agak pelik la..


-yang dalam gambo ni kaler merah (cam biasa dari Pakcik Google..). Yang kat rumah aku bunga kaler putih... [ekceli aku baru tau ade kaler lain selain kaler putih]

Tadi secara tak sengaja masa aku tengah meng'google' aku terjumpa website ni.. http://www.rambut.bf-1.com/  [kalau korang nak petua rambut singgah le website ni]

Ni aku tumpang tepek artikel pasal pokok turi ni.. (Mintak ijin ye tuan punya website...aku tiru sebijik macam ko tulis)


"DAUN TURI BOLEH MERAWAT RAMBUT"




Jika sebelum ini anda dah tahu yang daun turi boleh mencantikkan buah dada, kan? [Aku tak tau pun jap lagi aku search hokay!!!) Kini daun turi pun boleh digunakan untuk merawat rambut. Kalau rambut anda perang atau nampak cam tak bermaya jer, boleh cuba petua kecantikan di bawah untuk mengatasinya.



Daun turi ni sebenarnya mampu menghitamkan rambut anda supaya kelihatan lebih bermaya dengan cara;


1. Ambil segenggam daun turi.

2. Tumbuk atau kisar halus daun turi tadi.

3. Kemudian, lumurkannya pada keseluruhan rambut atau kepala anda.

 4. Seterusnya, bungkus tapau rambut anda selama setengah jam. Guna “shower cap” pun boleh.

5. Lepas tu, cuci atau basuhlah rambut anda dengan air bersih.

6. Amalkan dalam 2 kali seminggu.



Jika dilakukan secara konsisten, rambut anda akan kembali bermaya.


Gitulah citernya... nampaknya tak lama lagi makin jarang la daun pokok geti umah aku tu... Boleh buat ubat repair rambut.. hehehe



4 comments:

AISYAH HANI said...

Saje cuba buh gravatar di sini

AISYAH HANI said...

aku cuba lagi... apa jadik

AISYAH HANI said...

cuba besarkan gravatar

Anonymous said...

boleh ke komen?